Laman Utama
#BIGSTAGE5: “Saya Minta Maaf… Memang Tak Sengaja,” - Putera Muhammad Komen Isu Seluar Ketat Nampak Bonjolan
Bintang Big Stage 5, Putera Muhammaf memohon maaf ekoran penampilannya yang berseluar ketat ketika membuat persembahan final pada Ahad.
Menurut Putera, apa yang berlaku itu berada di luar kawalannya memandangkan dia telah mencuba itu sebelum persembahan bermula dan tidak mendatangkan masalah.
“Sebenarnya seluar itu saya dah cuba sebelum persembahan malah siap buat outfit check di hadapan kamera dan semuanya okay tiada masalah.
“Tapi mungkin bila sudah membuat persembahan… Dengan mendengar jeritan penonton, lighting mungkin lain macam.
“Dengan hype lagi dan mungkin saya bergerak agak extreme sedikit daripada sebelum ini maka terjadilah perkara-perkara yang tidak diingini,” katanya ketika ditemui Gempak sejurus selepas sidang media konsert akhir Big Stage 5.
Selain itu, Putera juga turut menegaskan keadaan yang berlaku itu juga bukan dirancang.
“Tak adalah, apa yang terjadi itu bukan sengaja rancang atau apa, memang kejadian itu tidak di sengajakan.
“Saya minta maaf kepada sesiapa yang tidak suka. Betul saya memang tidak sengaja,” ujarnya.
Terdahulu, Putera menjadi perhatian netizen ketika mempersembahkan lagu Fantasia Bulan Madu di konsert akhir.
Netizen mengatakan seluar yang dipakai Putera terlalu ketat sehingga menampakan bonjolan membuat mereka berasa kurang selesa.
Pentas akhir Big Stage menyaksikan Nadeera Zaini dinobatkan sebagai juara manakala Waode pula diangkat sebagai naib juara.
Manakala tempat ketiga pula menjadi milik Putera dan membawa pulang RM25,000.