Big Stage 2023
#BIGSTAGE5: Nadeera Zaini Dinobat Juara, Kaut RM100,000!
Dengan markah keseluruhan sebanyak 68.39%, Nadeera yang mempersembahkan lagu Never Enough menumpaskan lima calon juara lain dengan bergaya.
Kemenangan terbabit melayakkan Nadeera membawa pulang wang tunai RM100,000, trofi dan lagu baharu dari komposer antarabangsa, Hyuk Shin.
Selain lagu Never Enough, Nadeera turut beraksi cemerlang menerusi lagu Gundah dalam pusingan battle mash up bersama Waode.
“Terima kasih kepada Allah, syukur Alhamdulillah. Ini impian saya selama ini,” kata Nadeera dalam ucapannya.
Bintang kelahiran Indonesia, Waode pula berada di kedudukan kedua dengan markah terkumpul sebanyak 64.25%
Waode membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM30,000 dan trofi.
Tempat ketiga dan keempat menjadi milik Putera Muhammad dan duo Korea Selatan, Hoondoo.
Putera Muhammad dan Hoondoo masing-masing membawa pulang RM25,000 dan RM15,000 berserta trofi.
Manakala, Aufahanie diumumkan meraih tempat kelima dan Puteri Khareeza di tempat keenam. Masing-masing membawa pulang wang tunai RM5,000 dan trofi.
Anugerah Dominasi Persembahan Terbaik pula dimiliki oleh Aufahanje sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000.
Terdahulu, Firdaus Rahmat dan Dem Lepak Boyz telah tersingkir pada minggu separuh akhir Ahad lalu.
Manakala, Isaac Voo, Naufal Azrin, Meer Nash, Farhan Shah dan Coex merupakan bintang yang telah tersingkir awal di konsert Big Stage 5.
Dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose, Big Stage 5 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 10 minggu setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104).
Untuk pilihan yang lebih fleksibel, Big Stage 5 juga boleh di strim di aplikasi Astro Go.
Big Stage 5 juga turut menampilkan Aina Abdul dan Ajai sebagai juri tetap, manakala juri jemputuan akan membantu setiap minggu.
Sepanjang penganjuran, Big Stage telah menobatkan empat juara iaitu Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan, Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan terbaharu, Elica Paujin (2022).
Must-Watch Video