Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Laman Utama

“Boleh Menyebabkan Gagal Fungsi…” – Uyaina Arshad Kongsi Do's & Dont's Susu Kambing

Shahrin Zulkifle 01/08/2022 | 13:00 MYT
Usia kandungan kini memasuki lapan bulan, pengacara Uyaina Arshad,30, berkongsi tip pengambilan susu kambing kepada pengikut Instagramnya.

Menurut Uyaina, info itu berguna buat para ibu mengandung dan yang mempunyai anak kecil untuk diamalkan.

“Info berguna untuk semua ibu mengandung dan ibu yang mempunyai anak kecil.

“Jangan bagi bayi susu kambing sebab boleh menyebabkan gagal fungsi hati.

“Keguguran boleh berlaku kalau minum susu mentah, ibu mengandung boleh je minum susu apa sekalipun asalkan dipasteur (dipanaskan) dan disteril (bersih kuman),” kongsi Uyaina.

Sebelum itu, menerusi satu hantaran di IG Story, Uyaina sempat bertanyakan pandangan pengikutnya berkenaan pengambilan susu kambing.

Uyaina turut mendapatkan pandangan berkenaan hal itu kepada seorang doktor selebriti iaitu Doktor Malar Santi atau lebih dikenali dengan panggilan Celoteh Dr Malar.

Jelas Malar, pengambilan susu kambing tidak membahayakan jika bacaan darah adalah pada tahap normal.

“Kalau awak mengandung dan awak nak minum susu kambing, ok je, tidak salah pun.

“Asalkan liver function (bacaan darah) awak normal, kemudian awak boleh minum. Tetapi tinggi kolari lah, but ok je.

“Tetapi ingat, jangan beri bayi, boleh menyebabkan gagal fungsi hati,” jelas Malar.

Terdahulu, Uyaina bersama suami, Raja Shahiran berkongsi berita kehamilan kepada umum pada April selepas cuba menyembunyikannya hampir tiga bulan.

BACA: “Masih Tak Percaya Kami Bakal Jadi Ibu Ayah” – Berkat Ramadan, Uyaina Arshad Hamil

#Viral #Uyaina Arshad #Doktor Malar #Instagram Uyaina #Kebaikan susu kambing #Raja Sahiran #Uyaina Hamil
;