,
Laman Utama

“Masih Tak Percaya Kami Bakal Jadi Ibu Ayah” - Berkat Ramadan, Uyaina Arshad Hamil

Mya Amri
02/04/2022
11:34 MYT
Pelakon Uyaina Arshad dan suaminya, Raja Syahiran mengumumkan bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
Berita gembira itu dikongsi Uyaina menerusi hantaran terbaharu diakaun Instagram miliknya sebentar tadi.
Menurut Uyaina, mereka masih tidak percaya bakal menggalas tanggungjawab sebagai ibu bapa tidak lama lagi.
“Alhamdullilah terlalu banyak nikmat yang Allah kurniakan untuk Syahiran dan Uyaina…
“Insya-Allah tidak lama lagi keluarga kecil kami akan bertambah.. We are pregnant! Syukur pada-Mu Ya Allah.
“Secara jujurnya, kami masih tak percaya yang kami berdua bakal menjadi ibu dan ayah. Kami tidak sabar untuk bertemu dengan si kecil kami,” coretnya.
Dalam hantaran yang sama, Uyaina juga memohon peminat mendoakan proses kehamilannya dipermudahkan.
“Kami mohon doa dari kalian semua untuk kesejahteraan, keselamatan Uyaina dan baby sepanjang tempoh mengandung, melahirkan nanti.
“Semoga segala urusan dipermudahkan. Semoga kami dapat memikul tanggungjawab dan amanah ini sebaik mungkin.
“Ramadan kali ini membawa seribu satu kemanisan buat Syahiran dan Uyaina. Pertama kali menyambut Ramadan sebagai suami isteri, dan pertama kali juga menyambut Ramadan dan Syawal sebagai bakal ibu bapa.
“Semoga kita semua memperoleh keberkatan dalam bulan mulia ini. Amin Ya Allah. Ramadan Kareem, everyone. Ikhlas dari Syahiran, Uyaina & Our Little One. #URS #URSjr,” tulisnya.
Uyaina dan Syahiran mendirikan rumah tangga pada 21 Diaember tahun lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ikut Petua Orang, Janna Nick Pernah Minta Nabila Razali Pijak Ibu Jari Kaki - "Saya Terdesak Nak Baby"

gempak
06/11/2024
18:55 MYT
Penyanyi, Nabila Razali memberikan kata-kata semangat buat aktres, Janna Nick yang meluahkan rasa kecewa selepas menerima komen jahat netizen yang menuduh suaminya iaitu aktor Dini Schatzmann terlebih hormon perempuan.
Hiburan

Tengah Syok Basuh Pinggan, Ryzal Ibrahim Terkejut Dapat Tahu Maryam Hamil Baby Kedua! Comel Bila Anak Siap Tunjuk Bukti

gempak
02/11/2024
11:55 MYT
Personaliti media sosial, Maryam Younarae melahirkan rasa syukur apabila dia kini hamil anak kedua.
Hiburan

Usia Sudah 44 Tahun, Model Gisele Bundchen Hamil Lagi Selepas Sedekad

gempak
29/10/2024
13:55 MYT
Model terkenal Gisele Bundchen dilaporkan hamil anak pasangannya, Joaqium Valente pada usia 44 tahun.
Hiburan

Menang Kes Mahkamah, Shakila Saiful Bawa Diri - "Saya Berhijrah Ke Tempat Lain Untuk Pulihkan Hati, Jiwa & Minda"

gempak
29/10/2024
03:35 MYT
Pelakon dan model Shakila Saiful memaklumkan dia perlu berhijrah keluar dari Malaysia buat sementara waktu bagi memulihkan dirinya.
Viral

Alice Chang Dakwa Kini Hamil Anak Kepada Suami Orang Berstatus Datuk Seri – “Kami Baik Saja, Hubungan Kami Stabil”

gempak
24/10/2024
08:00 MYT
Adik beradik Chang kontroversi Adeline dan Alice tiba di Mahkamah Sepang pagi ini dengan menaiki e-hailing.
Unitar