Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hollywood

Britney Spears Pakai Aksesori Palsu Kerana Barangan Kemas Kena Curi

Maliah Surip 28/05/2024 | 12:50 MYT
Tanpa angin, tanpa ribut, pesohor sensasi dunia, Britney Spears mendakwa semua barangan kemas miliknya telah dicuri.
Pengakuan tersebut dibuktikan menerusi satu video yang dikongsi Spears di akaun media sosialnya lapor UsMagazine.
Menerusi video yang dikongsikan, penyanyi itu menunjukkan barangan kemas yang disimpan di dalam laci telah lesap entah ke mana.
“Seperti yang anda lihat, semua barang barangan kemas saya telah dicuri.
“Saya takut untuk membeli yang baru kerana bimbang nanti ia akan hilang lagi,” tulis Spears pada ruangan kapsyen.

BERITA TRENDING: Justin Timberlake Santai Petik Gitar Lepas Britney Gugurkan Anak

Palsu & murah

Pemenang Grammy itu kemudian mengaku memiliki aksesori palsu kerana barangan kemas yang dicuri.

“Sebab barangan kemas dicuri, jadi saya beli yang palsu dan murah. Tapi kadang-kadang susah kerana ada barangan kemas dan aksesori direka khas buat saya.

“Malah salah satu barangan kemas yang saya pakai sejak usia empat tahun juga telah hilang,” katanya lagi.
#Penyanyi #Hollywood #Britney Spears #Curi #Barang Kemas #Palsu
;