Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

Buang trauma, Cut Intan Bawa Anak Ubati Mental

Gempak 22/08/2024 | 10:06 MYT
Masih trauma dan mengalami lebam dipukul suami, pempengaruh Intan Cut Nabila kini fokus terhadap emosi dan mental dua anaknya yang sedang membesar.

Berada Bawah Pemantauan

Menurut ibu kepada tiga cahaya mata itu, kesemua mereka kini bawah pemantauan Komisi Perlindungan Anak Indonesia (KPAI).
Kedua-dua yang tidak didedahkan nama mahupun usia itu sudah dibawa berjumpa pakar psikologi memandangkan mereka pernah melihatnya dipukul Armor Toreador.

BERITA TRENDING: Cut Intan Nabila Bocorkan Video Baru Dipukul: “Tidak Mampu Hitung Berapa Banyak Kali Dia Seksa Saya”

​BERITA TRENDING: Banyak Lagi Video Dibelasah, Rakan Dedah Cut Intan Nabila Pernah Ditendang Ketika Sarat Mengandung - “Itu Bukan Rumah Tangga Tapi Neraka!”

​BERITA TRENDING: Cut Intan Nabila Akhirnya Buka Mulut, Mohon Maaf 5 Tahun Rahsiakan Kisah Rumah Tangganya

​BERITA TRENDING: Cut Intan Nabila Menangis Dalam Pelukan Bapa - "Sakitnya Sampai Ke Ulu Hati"

Bayi yang baru dilahirkan pada 24 Julai lalu itu pula sudah mendapatkan rawatan di hospital pada hari kejadian namun diperiksa sekali lagi Ahad lalu.
Menurut Cut Intan atau selesa disapa Intan, suaminya akan ditahan untuk siasatan selama 21 hari sebelum kes dibicarakan di mahkamah.
Pada masa sama, wanita yang berkongsi video dibelasah suami awal minggu lalu itu turut menangkis dakwaan mahu menarik balik laporan polis yang dibuat terhadap lelaki berhati binatang itu.
Sumber: Kosmo!
#Viral #Berita #Pukul #Trauma #Suami. #Cut Intan
;