Hiburan
Buat Isteri Menangis, Fizi Ali Titip Ucapan Istimewa Sempena Anniversary Perkahwinan Yang Pertama - “Ingat Lagi Dulu Awak Janji Akan…”
Penyampai radio, Fizi Ali mencuri tumpuan apabila membuat ucapan manis kepada isteri tercinta, Siti Zulaikha.
Fizi Buat Isteri Menangis
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Fizi atau nama sebenarnya Mohd Hafizudin Ali, 35, menitipkan ucapan istimewa buat isteri sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama tahun hari ini.“Pejam celik pejam celik, sampai dah masa untuk kita renew balik janji-janji kita. Setahun sekali kena ada moments kita berjanji kembali untuk kuatkan balik rasa sayang dan cinta itu.
“Alhamdulillah setahun usia perkahwinan kita, dan saya sentiasa doakan jodoh kita sampai akhir usia,” coretnya di Instagram.
Fizi turut berkongsi video dia dan isteri saling berpegangan tangan dan berpelukan.
Dalam video tersebut, Zulaikha turut mengalirkan air mata ketika mereka saling berjanji.
Senyuman Fizi Dah Kembali
Kongsi Fizi lagi, dia turut mengimbau janji yang dibuat isterinya iaitu mengembalikan semula senyuman dalam hidupnya.
Fizi turut berdoa agar rumah tangga mereka diberkati dan diredhai.
“Ingat lagi awal-awal dulu awak janji awak akan dapatkan balik senyuman lama saya..dan betul senyuman tu dah kembali.
“Terima kasih sayang, semoga hubungan kita diberkati allah. Happy Anniversary sayang..Saya sayang awak,” tutup Fizi.
Untuk info, Fizi sah bergelar suami kepada Siti Zulaikha, 30, di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, Selangor, Oktober tahun lalu.
Untuk rekod, Fizi turut mendirikan rumah tangga bersama pelakon Shakilla Khoriri pada 18 Februari 2018 namun bercerai selepas tiga tahun.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ameena Sofia pada 2019.