Laman Utama

Buat Ramai Wanita Patah Hati, Ini Jawab MK K-Clique – “Kalau Ada Yang Terluka…”

Syafiqah Jalal
17/06/2023
00:12 MYT
Sponsor Banner
Buat Ramai Wanita Patah Hati, Ini Jawab MK K-Clique – “Kalau Ada Yang Terluka…”
Penyanyi rap, MK K-Clique memohon maaf jika ada peminat terutama wanita yang terluka dengan keputusannya menamatkan zaman bujang dengan suri hati, Siti Hajaar, 26, pada pagi Jumaat.
Bagaimanapun, MK atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin Hamdan, 27, percaya jika peminatnya seorang yang memahami dan setia menyokongnya dari dulu, pasti akan gembira dengan niatnya yang mahu ‘mendirikan masjid’.
“Kalau ada sesiapa yang terluka hasil dari tindakan saya, saya minta maaf. Saya tiada niat hendak melukakan atau menyakitkan hati sesiapa.
“Tapi saya percaya kalau mereka betul-betul memahami dan menyokong saya dari awal lagi pasti akan turut gembira dengan saya yang mahu berumah tangga ini,” katanya kepada Gempak.
BACA: Bercinta 4 Tahun, MK K-Clique Dedah Hanya Ambil Masa 2 Minggu Rancang Kahwin Siti Hajaar BACA: MK K-Clique Off Market, Selamat Bergelar Suami Siti Hajaar
Apabila ditanya tidak takutkah jika dia kehilangan peminat yang kebanaykkannya terdiri daripada ramai wanita, MK memberitahu dia sudah semakin matang memikirkan hal itu.
“Saya tahu perkara itu mungkin akan berlaku…Bila saya kata tak takut hilang followers tapi bukan bermakna saya tak kisah kerana saya harus terima seadanya lah sekarang. Kerana saya pun makin makin lama makin berfikiran ke hadapan dan dah banyak pengalaman dalam hidup.
“Kalau dahulu saya mengharapkan attention orang ramai tapi lama-lama kita akan cari sudut pandangan yang berbeza. Sebagai contoh, bagaiamana masyarakat mengambil iktibar dari kisah saya semasa remaja dahulu yang mungkin ada cerita tak baik berbanding kini yang menjadi lebih baik insya-Allah,” ujarnya.
MK selamat bernikah dengan Siti Hajaar dengan sekali lafaz di Masjid Jami'il Huda, Ampang pada pagi Jumaat.
Penyanyi itu menyerahkan mas kahwin sebanyak RM302 (simbolik kepada nombor plat kereta MK) dan seutas gelang tangan., manakala wang hantaran dirahsiakan.
Pasangan itu memaklumkan telah mengikat tali pertunangan pada 7 Mei lalu dalam satu majlis tertutup.
Mempelai bakal diraikan dalam majlis resepsi yang diadakan di sebuah hotel di Klang keesokan harinya.
Terdahulu, tular video yang memaparkan aksi mesra MK yang menyaksikannya memimpin tangan seorang wanita tular di media sosial, baru-baru ini.
Pada Mei lalu, penyanyi rap ini membuat ramai peminat wanita patah hati apabila tular video yang menyaksikan dirinya memimpin tangan seorang wanita dalam satu majlis.
Lebih membuat ramai cemburu apabila mereka hadir dengan memakai pakaian sedondon berwarna hitam.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar