Berita
“Budak Pun Ada Otak Nak Fikir” - Netizen Tersentuh Lihat Lukisan Anak Aaron Aziz Tentang Serangan Di Christchurch.
Peminat pelakon Datuk Aaron Aziz mengakui tersentuh apabila melihat lukisan yang dihasilkan oleh anaknya berusia 9 tahun tentang tragedi serangan pengganas di Christchurch, New Zealand pada Jumaat lalu.
Menerusi entri di Instagram (IG), Aaron berkongsi gambar yang dilukis oleh anaknya, Dahlia Arissa.
“May our fallen brothers n sisters all around the world be blessed with a place in the highest Jannah Amin.
“An illustration from my 9yr old daughter @dahliaarissaaaron It’s heartfelt to see a child drawing such sad pictures.
“What’s happening to this world... #prayforchristchurchmosque,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen rata-rata mengakui tersentuh dengan lukisan yang dikongsikan oleh Aaron dan mendoakan kepada mereka yang terkorban.
Setakat ini, pihak berkuasa New Zealand mengesahkan 50 maut dan 20 cedera dalam serangan pengganas di dua masjid di Christchurch.