Laman Utama
Bukan Bengkak Otak, Doktor Dakwa Kematian Legenda Bruce Lee Hampir 50 Tahun Lalu Kerana…
Seluruh peminat legenda Bruce Lee tahu, bintang Kung Fu itu meninggal dunia akibat bengkak otak.
Keputusan kematian itu diperoleh menerusi autopsi yang dibuat, dengan doktor pada waktu itu menyalahkan kesan ubat penahan sakit yang diambil mendiang.
Pesohor seni mempertahankan diri itu meninggal dunia pada usia yang terbilang muda iaitu 32 tahun, pada 1973 di Hong Kong.
Meski pakar telah mengesahkan kematiannya kerana bengkak otak, banyak spekulasi liar mengatakan Lee diracun oleh kekasihnya yang cemburu serta dibunuh oleh gangster dari China.
Namun kini selepas hampir 50 tahun pemergiannya, sekumpulan pakar dari Clinical Kidney Journal mendedahkan punca kematian Lee.
Melalui kajian dan pelbagai bukti yang dinilai semula, mereka mendakwa kematian Lee berpunca daripada hyponatraemia, lapor Dailymail.uk.
Hiponatremia adalah keadaan apabila tahap natrium (sodium) badan terlalu rendah.
“Dalam perkataan lain, kami mencadangkan kegagalan fungsi buah pinggang Lee disebabkan beliau minum air terlalu banyak,” tulis Clinical Kidney Journal.
Kajian itu juga mendakwa Lee berdepan pelbagai risiko hyponatraemia, termasuk beliau meminum terlalu banyak air, menggunakan kanabis ; yang meningkatkan tahap haus termasuk kesan lain seperti penggambilan dadah dan alkohol.
Terdahulu isteri mendiang, Linda, mendedahkan Lee menjalani diet ketat dengan hanya meminum jus lobak merah dan apple sehingga kematian menjemputnya.