Hiburan

Bukan Kali Pertama, Marsha Tetap Rasa Debar di Pentas SFMM - “Pesaing Terbesar Saya Adalah..”

Ernalisa
16/11/2024
00:55 MYT
Sponsor Banner
Bukan Kali Pertama, Marsha Tetap Rasa Debar di Pentas SFMM - “Pesaing Terbesar Saya Adalah..”
Penyanyi, Marsha Milan akui tetap wujud rasa gementar meskipun ini bukan pertama kali dia beraksi di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik (SFMM).

BERITA BERKAITAN:Puas Sudah, Aura, Hening Rindu, Terus Bersinar Layak Ke AJL39! Jom Semak Senarai Penuh Peserta

BERITA BERKAITAN:Kontroversi Konsert Sumandak Stars, Marsha Milan Kunci Mulut! - "Ya Saya Terkejut..."

BERITA BERKAITAN:Don Dukun Kutip RM 2.1 Juta Selepas Tiga Hari Tayangan!

Menurut penyanyi kelahiran Sabah itu, walaupun sudah biasa dia tetap rasa seolah-olah seperti pertama kali menjejakan kaki ke pentas itu.

“Bagi saya pesaing terbesar saya adalah apabila saya sendiri kena pastikan yang saya boleh ketepikan rasa gementar itu.

“Saya tiada jawapan kenapa masih ada perasaan itu seolah-olah macam kali pertama saya masuk muzik-muzik. Tapi memang itu apa yang saya rasa,” katanya kepada Gempak pada Khamis.
Meskipun mempunyai rasa gementar itu, ia tidak menjadi masalah buat pemilik nama Marsha Milan Londoh untuk berikan yang terbaik menerusi persembahanya dengan lagu Hening Rindu.
"Saya rasa semua artis pun rasa apa yang saya rasa. Macam Marsha kata, saya rasa macam baru nak masuk pertandingan.

"Tetapi untuk saya berada di atas pentas itu tidak menjadi masalah,” ujarnya.

Selain Marsha malam pertama Musik-Musik 39 separuh akhir menampilkan 17 buah lagu yang bertanding antaranya Aura (Ernie Zakri), Yennode Macha (Zubir Khan), Tangis (Nabila Razali) dan Pujaanku oleh Kugiran Masdo & Aisyah Aziz.
Untuk rekod, kemunculan pertama Marsha di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik adalah pada tahun 2021 menerusi lagu Cinta.
Menerusi lagu tersebut Marsha berjaya tembus ke pentas Anugerah Juara Lagu ke-36 dan berjaya dijulang sebagai naib juara.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar