Skip to main content

Kontroversi Konsert Sumandak Stars, Marsha Milan Kunci Mulut! - "Ya Saya Terkejut..."

astrogempak_marsha.png

Penyanyi, Marsha Milan enggan mengulas lanjut  mengenai kontroversi yang terjadi berkaitan  dengan Konsert Sumandak Stars. 

 

Advertisement

Menurut pelantun lagu Cinta itu, dia tidak mempunyai sebarang info mengenai konsert tersebut. 

 

"Sejujurnya saya pun tak nak cakap lebih sebab saya tiada info langsung berkenaan konsert ini. 

 

"Saya juga belum berjumpa dengan mana-mana pihak. 

 

"Jadi bagi saya berjumpa dan berbincang terlebih dahulu. Sebab macam  saya katakan saya sendiri tidak mempunyai sebarang info mengenai konsert ini," katanya kepada Gempak. 

 

Marsha juga akui terkejut dengan isu yang berlaku namun baginya masih terlalu awal untuk memberi sebarang kenyataan. 

 

"Ya saya terkejut, tapi bagi saya terlalu awal untuk saya bercakap apa-apa, konsert pun lagi beberapa minggu jadi saya hanya harap semua dipermudahkan,” ulasnya.

 

Terdahulu, penyanyi Stacy membuat keputusan untuk menarik diri daripada terlibat dengan Konsert Sumandak Stars kerana difahamkan pihak penganjur tidak mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh pihak penyanyi itu. 

 

Sekadar info, Konsert Sumandak Stars menampilkan penyanyi-pemyanyi kelahiran negeri di bawah bayu termasuklah Bella Astillah, Marsha Milan, Adira Suhaimi, Nikki Palikat, Wany Kayrie dan Didi Astillah.

 

Konsert tersebut dijadualkan berlangsung pada 30 November depan di Zepp Kuala Lumpur.

Must-Watch Video