Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

"Bukan Minta Dipuji, Tapi Atas Rasa Tanggungjawab Pada…" - Adam Shahz

Zulaikha Yusof 30/03/2020 | 04:27 MYT
Pelakon Adam Shahz dilihat mendapat pujian daripada pengikutnya selepas 'turun padang' bersama barisan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) menghulurkan bantuan kepada barisan hadapan (frontliners) yang bekerja ketika wabak COVID-19.
Menerusi Instagram (IG) miliknya, Adam memuat naik beberapa keping foto ketika menjalankan misi memberi bantuan makanan.
Rata-rata netizen kagum dengan sikap Adam yang tidak mencampuri isu bantuan kerajaan kepada golongan penggiat seni.
"Tahniah Adam. Satu-satunya artis yang suka buat kerja tanpa terlalu bergantung pada orang. Bawak Grab, join sukarelawan. Langsung takda pertikaian rasa malu diri seorang artis. Semoga maju jaya, kawan.
"Ini kawan aku @AdamShahz, artis juga. Tak ada pula aku nampak dia memekak minta bantuan kerajaan. Siap jadi 'frontliner' masa COVID-19 ni bantu kerajaan. Ini dekat socmed flex harta benda tetiba nak minta bantuan kerajaan. Buat malu ja," antara komen-komen yang ditulis.
Dalam pada itu, pelakon drama Juvana menyatakan dia tidak mengharapkan pujian kerana segalanya atas tanggungjawab kepada masyarakat dan negara.
"Bukan minta dipuji, tapi atas rasa tanggungjawab pada masyarakat dan negara. Kami laksanakan dengan penuh ikhlas, tanpa bayaran mahupun elaun.
"Semoga kami diberi kesihatan yang baik dan sempurna untuk kami laksanakan tugas hingga ke akhirnya," tulisnya.

Bukan minta dipuji, tapi atas rasa tanggungjawab pada masyarakat dan negara. Kami laksanakan dengan penuh ikhlas, tanpa bayaran mahupun elaun. Semoga kami diberi kesihatan yang baik dan sempurna untuk kami laksanakan tugas hingga ke akhirnya. #mcdf #gisbh #mapim #civildefence #angkatanpertahananawam #cdertohhsem #adamshahz #frontliner

A post shared by Adam Shahz (@adamshahz) on

Terdahulu, Black Hanifah, Tomok dan Shuib Sepahtu berharap agar kerajaan tidak meminggirkan kumpulan penggiat seni dengan memberi bantuan khusus dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
BACA: “Harap Tak Terlepas Pandang Anak-Anak Seni” – Artis Perlu Bantuan Kerajaan, Ini Pandangan Tomok
BACA: “Sebelum Ni Artislah Yang Menghiburkan Anda…”- Netizen Persoal Sumbangan Selebriti, Shuib Sepahtu Buka Mulut
Sekadar makluman, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai Rabu (18 Mac) hingga 14 April 2020, di seluruh negara.
Malaysia terpaksa akur selepas kes COVID-19 kini mencecah 2,470 orang dengan 34 rekod kematian.
Justeru, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan perkara yang boleh mencegah COVID-19!
#Adam Shahz #APM #PKP
;