Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

“Bukan Nak Riyak Tapi…” - Fazura Akui Lebih Tenang Selepas Sebulan Bercerai Dengan Fattah Amin

Gempak 13/11/2024 | 07:25 MYT

Pelakon Fazura memaklumkan bahawa keadaannya lebih tenang selepas sebulan bercerai dengan aktor Fattah Amin.

Lebih tenang

Menurut Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin, 41, dia mengambil pendekatan untuk menyerahkan segala urusan kepada yang Maha Esa biarpun berhadapan dengan detik-detik sukar dalam hidupnya.

“Sejujurnya saya lebih tenang dan lebih bahagia. Alhamdulillah. Saya serahkan segalanya kepada Allah swt. Apa yang orang nak kata itu urusan mereka. Urusan saya, di antara saya dengan Allah swt. Itu sahaja.

“Bukan nak riyak, tapi saya lebih tenang sekarang.

“Saya okey. Saya tenang. Alhamdulillah,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Fazura Dapat Hak Jagaan Fatima, Fattah Diberi Hak Lawatan Bermalam Dua Kali Sebulan

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Buat Perbandingan, Dakwa Lagu ‘Bertahan Demi Cinta’ Seakan OST ‘Syurga Yang Tak Dirindukan 2’?

ARTIKEL BERKAITAN: Selalu Sangat ‘FYP’, Netizen Anggap Fattah Amin Dah Hilang Nilai Eksklusif - “Sekarang Ini Terlalu Awam, Mana-Mana Dia Saja”

Fazura ditemui di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, hari ini bagi urusan tuntutan hadanah hak penjagaan anaknya bersama bekas suami iaitu Nur Fatima Aisya, 4.

Fazura dan Fattah masing-masing telah bersetuju untuk memberikan hak penjagaan sepenuhnya Fatima kepada Fazura selaku ibu.

Fattah pula mendapat hak lawatan tiga kali seminggu dan bermalam dua kali sebulan pada hujung minggu dari hari Jumaat sehingga Ahad.

Terdahulu Fazura dan Fattah sah bercerai talak satu pada 7 Oktober lalu di Mahkamah Syariah Petaling Subang Bestari selepas tujuh tahun hidup bersama.

Sumber: Kosmo Online

#Fazura #cerai #Amin #Fattah #Tenang #lebih
;