Viral

"Bukan Syok Sendiri! Tak Nak Pakai Tak Apa" - Fizo Omar Jawab Isu Tudung Superman

Amri Hassan
25/05/2018
08:26 MYT
Sponsor Banner
"Bukan Syok Sendiri! Tak Nak Pakai Tak Apa" - Fizo Omar Jawab Isu Tudung Superman
Pelakon Fizo Omar mengakui terdapat komen-komen negatif dilemparkan selepas dia dan isteri, Mawar Karim melancarkan koleksi tudung bertatahkan logo Superman, Batman dan Wonder Woman.
Baca: Nak Melaram Seperti Adiwira Raya Ini? Fareeda Keluarkan Tudung Superman, Batman & Wonder Woman
Jelas Fizo, dia bagaimanapun tidak boleh memaksa pengguna dan pembeli untuk menggemari koleksi itu memandangkan setiap individu mempunyai citarasa berbeza.
"Kami bukan syok sendiri nak letak logo sesuka hati. Tetapi Fareeda ditawarkan untuk berkolaborasi dengan DC Comics sejak tahun lalu lagi.
"Hasilnya koleksi DC Comics Super Heroes yang menggunakan logo Batman, Superman dan Wonder Woman dikeluarkan untuk ketiga-tiga rekaan baru itu.
"Bagi penggemar karakter berkenaan memang komen yang diterima semuanya positif, tetapi tidak dinafikan ada juga respon yang kurang sedap didengar.
"Setiap bisnes mengikut demand semasa dan kami ada target audien sendiri. Kalau tak mahu pakai tak apa, Fareeda ada pilihan tudung lain yang kosong tanpa logo.
"Sama seperti pilihan harian kita, kalau tak suka nasi pedas kenapa order nasi pedas? Kalau tak suka nasi boleh makan kuih," kata Fizo kepada Astro Gempak.
Fizo ditemui pada majlis berbuka puasa bersama Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia, Kajang di Restoran Fizo Mawar, Bandar Baru Bangi semalam.
Sementara itu, tambah Fizo koleksi tudung DC Comics Super Heroes itu akan dipasarkan di semua butik DC Comics di Malaysia, Singapura dan beberapa negara Timur Tengah.
"Saya berbangga menjadi syarikat sulung bumiputera berkolaborasi dengan DC Comics dan ia antara kejayaan terbesar Fareeda.
"Insya-Allah selepas ini akan ada kolaborasi bersama DC Comics untuk menghasilkan jubah dan pakaian lelaki," katanya.
Fizo sebelum ini pernah dilantik menjadi duta produk karakter Superman dari tahun 2011 hingga 2013.
Teks oleh: Amri Hassan
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024