Laman Utama

Bukti Rakaman Audio & Video Akhirnya Didedahkan! Saksikan Dokumentari Khas Amber VS Johnny 25 Jun Ini!

Hanafis Haris
22/06/2022
05:00 MYT
Sponsor Banner
Bukti Rakaman Audio & Video Akhirnya Didedahkan! Saksikan Dokumentari Khas Amber VS Johnny 25 Jun Ini!

Kecoh satu industri hiburan Hollywood mengenai pergelutan kes antara pelakon hebat Johnny Depp dan bekas isterinya, Amber Heard.

Perbicaraan bermula apabila Depp memfailkan saman fitnah terhadap Heard atas penulisannya untuk kolum Washington Post, dengan menuntut ganti rugi sebanyak AS$50 juta (RM218 juta).

Heard yang juga pelakon filem Aquaman, membalas dengan memfailkan saman menuntut AS$100 juta (RM437.8 juta) dan mendakwa dirinya mengalami ‘penderaan serta keganasan fizikal’ daripada Depp.

Pun begitu, Depp menafikan beliau pernah melakukan penderaan fizikal terhadap Heard.

Deep sebaliknya mendakwa ketika perbicaraan bahawa wanita itu yang sering bertindak ganas.

Namun, selepas enam minggu perbicaraan, pelakon Pirates of The Caribbean akhirnya memenangi kes saman fitnah terhadap Amber Heard pada 2 Jun lalu.

“Selepas enam tahun, mahkamah beri kehidupan saya kembali,” katanya selepas memenangi kes berkenaan.

Menariknya, sepanjang enam minggu perbicaraan di mahkamah itu, banyak babak dan sedutan klip siaran langsung tular di platform media sosial.

Ada yang terhibur dengan jawapan dan reaksi Amber, tidak kurang juga viral mengenai aksi hebat peguam Johhny iaitu Camille Vasquez mengeluarkan hujahannya.

Bagi anda yang terlepas menyaksikan perbicaraan ‘ikonik’ ini, jangan bimbang kerana ia bakal ditayangkan secara eksklusif!

Dokumentari ini bakal menggali segala bukti secara meluas dan komprehensif sepanjang prosiding undang-undang di UK, termasuk rakaman video, foto, mesej teks dan rakaman audio yang dibuat oleh pasangan itu sendiri.

Saksikan Amber VS Johnny pada 25 Jun ini, jam 9.55 malam di saluran Discovery Channel.

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar