Berita

Buskers Di Luar Negara Siap Panggil Koir, Giliran Anas Tahir dan Mawi Jadi Buskers

Elrafaei Sapi
27/04/2018
07:27 MYT
Sponsor Banner
Buskers Di Luar Negara Siap Panggil Koir, Giliran Anas Tahir dan Mawi Jadi Buskers
Artis jalanan atau lebih dikenali dengan panggilan buskers sememangnya mempunyai jiwa seni yang mendalam sanggup beraksi di tepi jalan meskipun tidak menerima sebarang bayaran.
Senario buskers mengadakan persembahan di negara ini boleh dilihat di mana saja.
Malah, kewujudan buskers bukan lagi dianggap peminta sedekah apabila ada antara mereka seperti kumpulan Caliph Buskers diangkat sebagai selebriti popular.
Penyanyi, Anas Tahir berkongsi pengalaman ketika pernah melanjutkan pengajian di United Kingdom sebelum ini melihat buskers turut beraksi bersama kumpulan koir di tepi jalan.
"Ia bukan mudah bagi penyanyi atau pemuzik buskers apatah lagi menghiburkan orang ramai bersama kumpulan koir," katanya kepada Astro Gempak.
Bekas juara Akademi Fantasia Musim 3, Mawi juga berpandangan jiwa buskers meminati muzik lebih gemar beraksi secara sukarela dan ikhlas.
"Mereka berbakat tapi persoalannya macamana nak teruskan bakat mereka pada masa sama menghiburkan orang ramai?
"Jiwa buskers mempunyai sifat yang dekat dengan golongan marhaen. Malah, ada antara mereka sebenarnya lebih bagus daripada artis yang ada," katanya.
Menyelami perasaan buskers, Anas bersama Mawi juga turun padang beraksi di tepi jalan menghiburkan orang ramai menerusi program mereka, Bro Buskers Tour.
Mereka bersama penyampai radio Zayan yang lain serta penyanyi, Hafiz Hamidun dan pemuzik Oja Tuneble Band akan berada di perkarangan Sogo, Kuala Lumpur bermula jam 8 malam ini (27 April).
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: Astro Gempak & IG @cahayaasmawi
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar