Laman Utama
Cantik, Kaya & Popular, Cinta Laura Dedah Kenapa Masih Belum Kahwin
Pelakon, penyanyi dan model terkenal Cinta Laura Kiehl memiliki pakej lengkap sebagai seorang wanita.
Selain pintar, cantik dan kaya, popularitinya membuatkan wanita berusia 29 tahun itu mungkin dengan mudah menyulam cinta dan sudah berkahwin.
Malah di Indonesia, usia 29 dianggap sudah agak lewat untuk seorang wanita yang masih belum mendirikan rumah tangga, kerana kebanyakan golongan perempuan negara itu menikah pada usia sekitar 22 sehingga 25 tahun.
Sewaktu menjadi tetamu Denny Sumargo, wanita itu menjawab persoalan tentang dirinya yang masih solo dan belum memutuskan untuk berkahwin.
“Kalau orang di sini budayanya adalah, usia segini sudah harus menikah. Kalau tidak, akan jadi bualan di masyarakat," ujar Denny Sumargo kepada Cinta Laura seperti dilaporkan Viva.co.
Pertanyaan itu kemudian dibalas Cinta Laura dengan mengaku dirinya tidak terburu buru berkahwin hanya untuk mendapat validasi dari masyarakat.
Dia juga mengatakan ramai yang terjebak dengan budaya dan didikan orang tua yang salah. Itulah masalah yang terjadi di Indonesia.
“Itu sebuah masalah, dan yang membuat saya sedih, banyak orang bukan salah mereka ya, tapi salah didikan dan persekitaran, merasa mereka memerlukan validasi orang lain," ujar Cinta Laura Kiehl.
Lebih daripada itu, alasan kukuh dirinya belum mahu berkahwin adalah kerana tidak mahu bercerai selepas membina institusi keluarga yang disifatkannya sangat bermakna.
“Kerana saya tidak mahu menikah untuk bercerai.
"Kalau saya mendapatkan pasangan hidup, saya harus pastikan bisa selamanya," ujar Cinta Laura Kiehl.