Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Cara Mudah Nak Tanggalkan Road Tax Daripada Cermin Kereta

Izwan Isa 05/09/2023 | 06:50 MYT

Sejak Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook mengumumkan yang pengguna jalan raya tidak perlu lagi mampamerkan cukai jalan pada kenderaan masing-masing, banyak respons positif yang diberikan oleh netizen.

Rata-rata bersetuju dengan inisiatif berkenaan, lebih-lebih lagi dengan kecanggihan teknologi serta keupayaan sistem secara digital yang mampu menyenangkan baik pengguna mahupun pihak berkuasa.
Jika anda merupakan antara yang ingin menanggalkan cukai jalan yang telah lama terpampang di kenderaan, sudah pasti proses menanggalkan sijil merupakan proses yang paling sukar untuk dilaksanakan.
Sudahlah melekat kuat, gam pada sijil berkenaan juga sukar untuk ditanggalkan, sehingga meninggalkan kesan buruk pada cermin kenderaan.
Berikut merupakan cara mudah untuk tanggalkan cukai jalan tanpa meninggalkan kesan. Jom semak!
- Rendam sehelai kain yang tidak digunakan lagi dalam air panas

- Kemudian, letakkan kain tadi pada bahagian luar cermin kereta, di atas cukai jalan yang ingin anda tanggalkan

- Biarkan kain panas berkenaan sekitar 5 hingga 10 minit. Proses ini membantu untuk mencairkan gam

- Selepas itu, cabut cukai jalan perlahan-lahan. Ulang proses jika masih ada gam yang degil pada cermin kenderaan anda.

Selamat mencuba!

Sumber: Fatin Bella

BACA: Mangsa Road Bully Dengar Lagu Ayda Jebat Ketika Dikasari, Tuan Empunya Lagu Akui Kecewa... - “Apa-Apa Pun Cuba Selesaikan Dengan Baik”​

#Cermin #Gam #Road Tax
;