Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat mengakui kecewa dengan tindakan seorang lelaki yang viral baru-baru ini akibat tindakannya menggunakan kekerasan terhadap seorang pemandu wanita hangat diperkatakan di media sosial.
Ayda berkata, dia berasa terkejut dengan insiden tersebut dan melihat kejadian sebegitu sebagai tidak patut berlaku.
BACA: Ayda Jebat Tak Sampai Hati Tengok Kaki Netizen Melecet, Nak Bayar Balik RM638 Supaya Boleh Beli Kasut Baharu - "Rasa Macam Kesian"
“Saya sangat terkejut bila lihat video berkenaan. Bayangkan seorang lelaki menyerang secara verbal dan fizikal terhadap seorang wanita walaupun wanita itu telah meminta maaf berkali-kali.
Bro. Aku faham kau marah. Aku pun boleh marah TAPI JANGAN SENTUH ORANG.
Ni nasib baik dia tak report polis bro.
Tapi tu la, kami share la sebab kami nak orang lain jangan memotong bodoh dan jangan sentuh sentuh orang.
Cameron Highlands ni aku rasa tak payah pergi lah. Biar aku… pic.twitter.com/o22AjqFSzj