Laman Utama

Cara Nak Tebus RM100 eMADANI Menerusi MAE, ShopeePay, TnG eWallet & Setel

Izwan Isa
01/12/2023
12:55 MYT
Sponsor Banner
Cara Nak Tebus RM100 eMADANI Menerusi MAE, ShopeePay, TnG eWallet & Setel
Ramai dalam kalangan rakyat yang menyambut baik pengumuman kerajaan mengenai pemberian bantuan eMADANI sebanyak RM100 baru-baru ini.
Boleh ditebus mulai 4 Disember ini iaitu Isnin depan, berikut merupakan cara mudah untuk berbuat demikian menerusi empat platform berbeza:

MAE

Langkah 1: Lancarkan aplikasi MAE Langkah 2: Sentuh pada ikon ‘eMADANI’ di halaman utama Langkah 3: Masukkan informasi anda dan tekan ‘Submit’ Langkah 4: Anda akan menerima notifikasi apabila tuntutan eMADANI RM100 berjaya.

TnG eWallet

Langkah 1: Muat turun aplikasi e-dompet TnG eWallet di Apple App Store, Google Play Store atau Huawei App Gallery Langkah 2: Bagi pengguna baharu atau sedia ada, ikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi e-dompet tersebut Langkah 3: Penyedia perkhidmatan e-dompet akan membuat verifikasi identiti secara elektronik Know-Your- Customer (eKYC) Langkah 4: Pada aplikasi e-dompet pilihan anda, sila masukkan maklumat vang diperlukan di halaman tuntutan eMADANI dan tekan ‘Hantar’ Langkah 5: Anda akan dimaklumkan jika tuntutan berjaya

Aplikasi Setel

Langkah 1: Jalankan proses pengesahan akaun Langkah 2: Di laman MADANI, isi dan hantar permohonan tuntutan Langkah 3: Jika lulus, anda akan menerima insentif tersebut dalam masa 5 hari bekerja

ShopeePay

Ikut pautan berikut: Tebus eMADANI
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar