Hiburan

Catriona Ross Luah Rasa Syukur, Anak Autisme Kini Miliki MyKad - “Mommy Sebak, Kami Membayangkan…”

Asyikin Mayudin
07/09/2024
00:55 MYT
Sponsor Banner
Catriona Ross Luah Rasa Syukur, Anak Autisme Kini Miliki MyKad - “Mommy Sebak, Kami Membayangkan…”
Pelakon Catriona Ross meluahkan rasa syukur dan gembira apabila anak keduanya iaitu Jammal Al Raess Shaharuddin kini sudah menjadi pemegang MyKad.

Buat MyKad

Pemilik nama Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross itu turut berkongsi video memperlihatkan anaknya, Raess, 12, yang mengalami Gangguan Spektrum Autisme atau autisme mengunjungi kaunter Jabatan Pendaftaran Negara bagi urusan pembikinan kad pengenalan diri.

ARTIKEL BERKAITAN: Terkesan Kes Dr Say, Catriona Ross Tak Beri Kepercayaan Pada Maid - “Betapa Baik Pun Kita Layan, Tidak Menjamin Akan Dihormati”

ARTIKEL BERKAITAN: "Tumpang Malu & Segan ..." - Catriona Ross Kritik Perangai Wanita Menggeletis Ketika Live Haze & Jejaka Palestin

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “I Think I’m Gonna Die” - Catriona Ross Kongsi Saat Doktor Sahkan Anak Keduanya Seorang Autistik

ARTIKEL BERKAITAN: “Status Merah Pun Berkeliaran”- Catriona Ross Bimbang Tiada Lagi Status Kontak Kasual Di MySejahtera
Menerusi perkongsian itu, pelakon berdarah kacukan Melayu dan Scottish itu berkata dia pada mulanya menjangkakan prosedur di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Keramat, Kuala Lumpur itu mungkin berlangsung penuh tekanan.
Malah, menerusi video itu juga dapat dilihat Raees yang turut ditemani bapanya, Shaharuddin Mokhtaruddin memberikan bekerjasama dengan baik ketika proses rakaman foto dan menurunkan cap jari.

"Janji temu MyKad untuk anak istimewa kami. Mommy sebak. Kami membayangkan hari ini kami akan stres. Namun semuanya berjalan lancar.

"Anak istimewa kami menerima MyKad. Bangga, Alhamdulilah," kata Catriona menerusi laman sosial Instagram.
Rata-rata netizen turut memuji foto yang dirakam sempurna menunjukkan Raees tersenyum selain melahirkan rasa syukur dan sebak.
“Gambar MyKad dia paling lawa. Gambar MyKad kita rasa nak menangis tengok.
“Alhamdullillah handsome boy dah ada IC… pejam celik dah menuju remaja ya.
“Tumpang gembira kak, Alhamdulillah,” komen beberapa netizen.
Sebelum ini, Catriona pernah mendedahkan saat sukar Raees disahkan autisme pada usia dua tahun.
Sekadar info, Catriona berkahwin dengan penerbit dan pengarah rancangan televisyen, Shaharuddin Mokhtaruddin pada 2009.
Selain Jammal Raees, pasangan itu memiliki sepasang lagi cahaya mata iaitu Sephia Rania, 14, dan Edruce Riyadh, 9.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024