Hiburan
Terkesan Kes Dr Say, Catriona Ross Tak Beri Kepercayaan Pada Maid - “Betapa Baik Pun Kita Layan, Tidak Menjamin Akan Dihormati”
Pelakon, Catriona Ross merupakan antara artis yang terkesan selepas mengetahui kes mengenai pembantu rumah doktor selebriti, Dr Say.
Tak beri kepercayaan
Disebabkan itu Catriona juga berpendapat seeloknya tidak meletakkan sepenuh kepercayaan kepada pembantu rumah untuk menguruskan keluarga.
“Setuju! Tak sepatutnya kita memberi kepercayaan kepada pembantu rumah atau tukang cuci.
"Daripada pengalaman saya sendiri pun, tak kisah betapa baik kita melayani mereka, ia tetap tidak akan menjamin awak akan dihormati pun,” tulisnya.
ARTIKEL BERKAITAN:Dr Say & Polis Serbu Bilik Maid, Kantoi Dua Lelaki Menyorok Dalam Selimut - “Saya Layan Seperti Manusia, Tapi Layanan Binatang Mereka Beri…”
ARTIKEL BERKAITAN:Dr Say Menggigil Tahan Marah! Maid Senyap-Senyap Bawa Masuk Lelaki Dalam Rumah - “Baby Zeq Tengah Tidur, Boleh Dia Buat Projek”
ARTIKEL BERKAITAN:Dakwa Diri Jadi Mangsa Dera Majikan, Rupa-Rupanya ‘Maid’ Indonesia Kantoi Curi Duit RM10,850 - “Suspek Berusia 31 Tahun Itu…”
ARTIKEL BERKAITAN:Mak Bukan Maid! Normala Samsudin Pesan Anak Perantau Jangan Berat Tulang Bila Balik Kampung - "Kalau Rasa Nak Melawa, Tak Reti Sinsing Lengan Baju ..."
ARTIKEL BERKAITAN:Maid Kakak Aliff Syukri Larikan RM300,000 Barang Kemas Diberkas! Bonda Rozita; “Jangan Burukkan Bangsa Indonesia….”
Sementara itu, menerusi hantaran yang sama, Catriona berkata dia tidak dapat membayangkan sekiranya perkara itu terjadi pada dirinya.
“Tapi Dr Say Shazril punya pengalaman ini adalah sesuatu yang di luar jangkaan saya, alhamdulillah keluarganya selamat,” tulisnya.
Terdahulu, Dr Say meluakan rasa kecewa dengan insiden pembantu rumahnya yang membawa masuk dua lelaki ke dalam rumah tanpa pengetahuannya.
Tidak hanya terhenti di situ, Dr Say menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram mendedahkan dua lelaki itu dijumpai berada di atas katil sambil menyorok dalam kain selimut di bilik pembantu rumahnya.
Disebabkan kejadian tersebut, Dr Say berpesan kepada orang ramai supaya berhati-hati menggunakan khidmat pembantu rumah.
Must-Watch Video