Laman Utama

Celine Dion Sakit, Masih Belum Temukan Penawar

Maliah Surip
05/08/2023
15:50 MYT
Sponsor Banner
Celine Dion Sakit, Masih Belum Temukan Penawar
Umum mengetahui penghibur terkenal dunia, Celina Dion sedang sakit. Pada Disember tahun lalu, penyanyi My Heart Will Go On itu mengumumkan terpaksa membatalkan siri jelajah konsertnya selepas menghidap penyakit Stiff Person Syndrome (SPS).
SPS atau bahasa mudahnya sindrom orang kaku telah membuatkan jadual hidup Dion yang sentiasa lincah dan sibuk ini berubah.
Salah seorang kakaknya, Claudette mendedahkan adik kesayangannya saat ini sedang berehat dan mencari penawar kepada penyakit yang dihidapi.
Dion kata Claudette lagi kepada Le Journal de Montreal, berada di bawah jagaan seorang lagi adik-beradiknya, Linda sambil ditemani tiga anaknya René-Charles, Eddy, dan Nelson di kediaman mereka di Las Vegas.
“Saya ada berhubung dengan Linda yang kini tinggal dan menjaga Dion. Dia mengatakan Dion berusaha untuk pulih dan sentiasa berdisiplin dalam setiap rutin yang perlu dilakukan demi mencapai tahap kesihatan yang baik.
“Kami belum dapat mencari penawar terhadap penyakitnya tapi mempunyai semangat adalah lebih penting.
“Kami yakin dengan dia,” ujar Claudette seperti dilaporkan Hello.
Sementara itu Claudette turut melahirkan pendapatnya tentanga adik bongsu daripada 14 adik-beradik itu.
“Secara jujur saya rasa dia sangat perlu rehat. Dia selalu bekerja keras dan memberikan yang terbaik dalam bidang kerjanya.
“Pada satu masa, hati dan badan anda mungkin cuba menyampaikan sesuatu. Dan penting untuk kita mendengarnya,” katanya lagi.
BACA: Celine Dion Alami Kekejangan Otot! Buat Keputusan Drastik Untuk...​
BACA: [VIDEO] Batalkan Konsert Jelajah, Celine Dion Dedah Hidap Stiff Person Syndrome - "Memang Sukar Bagi Saya Untuk..."​
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar