Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Cerai, Bekas Suami Dewi Perssik Duduk Rumah Sewa, Hanya Ada Jam Tangan

Maliah Surip 09/08/2022 | 04:56 MYT

Episod rumah tangga penyanyi dangdut Dewi Perssik dengan suaminya, Angga Wijaya sudah berakhir.

Keduanya sudahpun rasmi bercerai pada awal bulan ini selepas lelaki tersebut memfailkan penceraian terhadap Dewi Perssik atau Depe pada Jun lalu.
Kini setelah hidup sebagai duda, Angga mengaku dia harus memulakan kehidupannya dari kosong. Pengakuan tersebut dibuat sewaktu muncul dalam program Rumpi Trans TV.
Saat itu Angga ditanya oleh hos, Feni Rose mengenai kehidupannya selepas bercerai dengan bintang terkenal Indonesia itu.
“Selepas bercerai anda kini hidup menyewa dan memulakan semuanya kembali dari kosong?”,tanya Feni.
“Fakta,” jawab Angga ringkas seperti dilaporkan Kompas.
Dia kemudian memberitahu keluar dari rumah sehelai sepinggang.
“Tapi saya hanya ambil jam tangan yang sering dipakai setelah dihadiahkan oleh dia,” akuinya.
Selain tinggal di rumah sewa, Angga yang pernah menjadi pengurus Depe itu juga memberitahu dia tidak memiliki kenderaan.
“Saya tak ada kenderaan. Selama ini saya hanya pandu dan pakai kenderaan Depe,” katanya tanpa selindung.
Sebelum ini Depe mendakwa Angga yang pernah hidup bersamanya selama hampir lima tahun itu pernah mengambil wang miliknya mencecah nilai lebih RM2 juta.
Namun Angga menafikan dakwaan tersebut dengan menjelaskan wang tersebut tidak mencecah nilai jutaan ringgit dan ia sebenarnya mahu digunakan untuk membangun bisnes bersama.

#pelakon #cerai #Indonesia #Artis #Dewi Perssik #Angga Wijaya #Jam Tangan
;