Hiburan

Chacha Maembong Confront Ruhainies, Nafi Bawa Mulut Fasal Bella Astillah! - "Kami Tak Rapat Pun, Itu Semua Tak Betul"

Amri Hassan
24/04/2024
17:49 MYT
Sponsor Banner
Chacha Maembong Confront Ruhainies, Nafi Bawa Mulut Fasal Bella Astillah! - "Kami Tak Rapat Pun, Itu Semua Tak Betul"
Pelakon Chacha Maembong pula tampil menafikan dirinya terbabit dalam kemelut membabitkan Ruhanies, Aliff Aziz dan Bella Astillah seperti dalam paparan skrin perbualan WhatsApp yang tular sejak malam Rabu.
Jelas Chacha menerusi hantaran video di Instagram memberitahu, dia hanya berada di lokasi sama ketika sesi panggilan video dibuat Ruhainies tanpa masuk campur dalam urusan mereka ketika itu.
"Saya tak rapat pun dengan Ruhainies tu, tak pernah keluar atau makan bersama, tak pernah ber-WhatsApp, calling, video calling, saya tak pernah. Kami pernah bekerja sekali saja, itu pun drama dah lama.
"Selepas itu jumpa di event, hi bye bye.
"Ceritanya, saya tengah makan, mereka sedang video call dan tiba-tiba diberikan kepada saya. Bukan saya minta nak bercakap sekali.
"Kemudiannya, apa saya cakap, saya tak tahu pasal korang apa dan tak nak tahu pasal korang atau gosip yang berkaitan. Apa saya tahu di media sosial sahaja, saya baca dari situ. Itu saja," jelas Chacha.

BERITA TRENDING: Tiada Niat Kutuk Bella Astillah, Emma Maembong Akui Silap Tanya Ruhainies - “Saya Minta Maaf Sebab Jadi Kepochi”

Kata Chacha dia akui bertemu Bella Astillah ketika mempromosikan StarVendors bulan lalu namun tidak bertanyakan lanjut tentang situasi panas yang sedang meletus ketika itu.
"Itu saya beritahu Anies (Ruhainies), saya tak ambil port pasal dorang. Kemudiannya, saya cakap ada jumpa Bella pada promosi Starvendor dan saya nampak Bella macam tengah ada problem. Itu sahaja.
"Kita habiskan perbualan di situ. Tiba-tiba keluar statement saya nak cakap dengan dia, kata jangan percaya gosip bodoh dan lain-lain, kata Bella try so hard menangis depan saya. Saya tak cakap pun.
"Saya agak pelik, kenapa timbul nama saya, sedangkan saya tak ada kena mengena," tegasnya.

PILIHAN PEMBACA: Sarah Yasmine Spill The Tea Lagi, Kongsi Mesej Romantis, Komplot Aliff Aziz & Ruhainies Nak Jatuhkan Bella Astillah?

Chacha WhatsApp Ruhainies minta penjelasan

Enggan membiarkan kisah tidak tepat makin melarat, Chacha menghubungi Ruhainies untuk mendapatkan kepastian lanjut.
"Saya terus WhatsApp Ruhainies pasal nama saya viral tengah dipetik.
"Dia cuma reply; "babe, ni minah tu ambil phone Aliff".
"Saya tanya balik; 'Still kenapa nak mesej Aliff, petik nama I? Tambah 'bunga' lagi tu? Itu yang tak best tu.'
"Jawab Ruhainies; 'Itu adalah conversation between me dan Aliff, I tak tahu pula minah tu nak hacked handphone dia macam tu. You faham tak? Itukan benda lama yang kita jumpa, kita video call tu lepas kita cakap dengan Emma tu. Itu perbualan I dengan Aliff," demikian kata Ruhainies menerusi kiriman mesej suara kepada Chacha.

Ruhainies di balai

Chacha kemudiannya cuba menelefon Ruhainies namun panggilannya tidak berjawab. Maklum pelakon itu, dia kini berada di balai dan meminta agar Chacha membiarkan perkara tersebut memandangkan Emma juga telah tampil memberikan kenyataan.
Chacha kemudiannya meminta Ruhainies agar membersihkan namanya daripada tuduhan liar netizen dan tidak mengaitkan namanya dengan kemelut yang sedang berlaku.
Tegas Chacha lagi, segala kisah yang melibatkan dirinya dalam konflik Ruhainies-Aliff-Bella itu tidak tepat sama sekali.
"Saya tak pernah pun contact, lepak atau nak tanya kisah mereka, saya dalam dunia saya.
"Bila video call sekejap itu saja dan buat conversation tidak betul dan bila saya WhatsApp nak kepastian dia tak boleh jawab benda tu. Saya tak tahu nak cakap apa dah.
"Itu semua tak betul, saya harap semua faham apa yang saya nak sampaikan. Saya tak kacau tepi kain orang. Kalau tak percaya saya tak boleh buat apa. Itu saja kenyataan saya, sekian," tambahnya.
Bagaimanapun, Chacha telah memadamkan siri empat video yang telah dimuat naik terdahulu di Instagram sebelum digantikan dengan video baharu.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar