Che Ta Dedah Identiti Lelaki Bawa Lari 2 ‘Maid’ Ayu Raudhah, Zaquan Adha - “Inilah Jantan H*nat yang Tak Ada Teloq…”
Pelakon Rozita Che Wan tampil mendedahkan identiti lelaki yang didakwa membawa lari dua orang pembantu rumah adiknya iaitu aktres Ayu Raudhah, pada Ogos lalu.
Akaun FB
Menerusi perkongsian di Instagram, Rozita atau mesra dengan sapaan Che Ta memuat naik tangkap layar memaparkan akaun Facebook milik lelaki terbabit.
"Inilah jantan h*nat yang tak ada teloq (telur/rasa malu) yang bawa lari maid-maid Ayu Raudhah,” tulisnya,
Pada perkongsian yang sama, isteri kepada aktor Zain Saidin itu turut meminta orang ramai untuk menyebarkan mengenai perkara tersebut.
Minta tolong viral
"Kau (pelaku) tunggu kejap! Tolong viralkan jap h*n*t ni wahai netizen,” katanya lagi.
Terdahulu, Che Ta memaklumkan pihak polis sudah dapat mengesan lokasi dua pembantu rumah warga Indonesia Ayu yang melarikan diri dari kediamannya pada 21 Ogos lalu.
Berdasarkan siasatan pihak polis, dua pembantu rumah berkenaan dipercayai berada di lokasi jauh dari Kuala Lumpur iaitu di sekitar kawasan Puchong.
Malah, Che Ta mendakwa menerusi rakaman CCTV, terdapat lelaki menaiki kereta berwarna hitam yang mengambil dua pembantu tersebut di rumah Ayu di Seremban.
ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Maid Hubungi Zaquan Adha, Merayu Bantu Anak Di KL - "Menangislah Air Mata Darah Sekali Pun, Saya Takkan..."
ARTIKEL BERKAITAN: Maid Sentap Kena Marah Dengan Zaquan, Punca Lari Dari Rumah - "Mereka Tidur, Biarkan Mak Masak, Dengan Baju Berlonggok"