Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Cik Epal Dedah Terima Tawaran Berlakon - “Aku Beraksi Lepas Iddah, Kang Duda Aku Meroyan Pula”

Umirah Halim 16/10/2024 | 08:25 MYT

Kontroversi yang melibatkan usahawan dan pempengaruh Jofliam dan Cik Epal dilihat masih lagi hangat diperkatakan warganet hingga ke hari ini.

Cik Epal terima tawaran berlakon

Terbaharu, menerusi perkongsian di akaun TikTok, Cik Epal mendedahkan bahawa dia ada menerima tawaran lakonan daripada pengarah.

Bagaimanapun, ibu kepada dua orang anak itu berkata, dia akan menerima sebarang tawaran selepas selesai iddah.

“Ada pengarah nak jadikan aku pelakon lah, cameo lah. Aku okay sahaja nak terima.

“Jenama yang nak ajak kolaborasi boleh je DM (direct message) tapi aku akan beraksi selepas habis iddah okay.

“Kang duda aku meroyan pula cakap aku tak ada maruah. Lepas iddah aku mendunia,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberi kata-kata semangat dan akan sentiasa menyokong Cik Epal.

BERITA TRENDING: “10 Tahun Hidup Bersama, Sudah Tertulis Jodoh Sampai Di Sini Sahaja” - Cik Epal Sah Bercerai Dengan Jofliam

BERITA TRENDING: Terima Mesej Lelaki Nak Kenal, Cik Epal Dedah Siap Ada Wanita ‘Offer’ Jadi Madu - “Maaf, Aku Tak Nak Bermadu”
BERITA TRENDING: UIA Perjelas Hukum Isteri Bercinta Dengan Lelaki Lain Ketika Tempoh Iddah

BERITA TRENDING: Jofliam Tegur Cik Epal, Minta Jaga Maruah Ketika Tempoh Iddah - "Sejak Cerai, Tinggalkan Anak, Tak Tahu Pergi Mana"

“Pergh, she is one of the alpha women. Goodluck CE!!!! Semoga terus sukses!!! insyaallah amin.

“Aku bukan peminat kau CE. Tapi aku harap rezeki kau lagi berlipat-lipat kali ganda lepas ni. SEMANGAT!!!!

“Orang duduk diam-diam, dia asyik petik. Nah sekali CE sound direct,” komen beberapa netizen netizen.

Sebelum ini, bekas suami Cik Epal iaitu Jofliam memberi teguran agar dia menjaga maruah diri tatkala berada dalam tempoh iddah.

Terdahulu, Cik Epal mengesahkan sudah berpisah dengan suami selepas 10 tahun mereka melayari bahtera perkahwinan.

Cik Epal kemudian menegaskan bekas suaminya, Jofliam tidak pernah berlaku curang sepanjang 10 tahun mereka mendirikan rumah tangga seperti yang didakwa ramai.

Imbas kembali, Cik Epal dan Jofliam mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Han dan Yuki.

#Berlakon #Tawaran #Iddah #Epal #Jofliam #Terima #cik
;