Hiburan
"Cikgu BM Nak Korek Biji Mata Bagi Anjing Makan!" - Faezah Elai Imbas Kenangan Zaman Sekolah, Lucunya!
Setiap daripada kita pasti ada kenangan zaman persekolahan yang tak dapat dilupakan sampai sekarang.
Sama seperti pelakon Faezah Elai yang berkongsi kisah lucunya bersama guru Bahasa Melayu ketika di bangku sekolah.
Kata Faezah, dia pernah 'diugut' gurunya untuk mencungkil biji matanya kerana terlupa bawa buku ke sekolah.
"Hakak dok kalutlah dengan hal sekolah anak-anak. Dulu zaman hakak kecil, mak hakak tak kalut pun, dia hantar sekolah lepas tu mampoih hanglah!
"Yang depa tau kalau exam tak bagus depa bagi kambey! Elok ja semua kami adik-beradik besar.
"Ingat lagi masa sekolah dulu cikgu BM dia nak korek biji mata hakak nak tauk bagi anjing makan sebab lupa bawa buku.
"Sampai lani hakak dok fikir, sejak bila anjing makan mata orang?
"Balik habaq kat mak pak, depa pula kata jangan sampai aku kerat hang bagi tulang hang kat anjing.
"Why why why they need to threaten me like that? Why you need to involve a dog in this matter?
"I miss the old memories.. Walaupun depa nak korek biji mata cheq," tulisnya panjang lebar.
Perkongsian Faezah itu menarik perhatian netizen untuk berkongsi kisah menarik zaman persekolahan masing-masing.
Apa pula kenangan zaman persekolahan korang?