Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

"Cirit Birit, Susah Bernafas, Muntah... Dunia Berputar Macam Dilanda Ombak" - Elfira Loy

Amri Hassan 15/09/2022 | 07:25 MYT

Pelakon Elfira Loy berkongsi rasa bimbang akan keadaan kesihatannya yang mengalami simptom luar biasa hingga menyebabkan dirinya rasa kurang stabil dan terhuyung-hayang.

Biarpun telah menerima rawatan di hospital, Elfira memberitahu faktor kesihatannya itu telah menyebabkan dirinya tertekan.
"Inilah masa untuk berehat. Hantaran ini sebagai peringatan kepada diri sendiri untuk berehat dan tidak berfikir panjang.
"Doktor cakap 'awak ada fikir banyak sangat ke?', terus mata berkaca. Ya saya cakap. Stress? Ya.
"Dia kemudiannya memberikan saya ubat untuk bertenang iaitu xanax/lorazepam dan ubat pening iaitu ubat untuk vertigo," cerita Elfira.
Selain rasa kurang seimbang setiap lima minit, Elfira memberitahu dia secara tidak sengaja terlanggar cermin sisi sebuah kereta tanpa disedari.
"Simptom awal saya rasa kurang stabil setiap lima ke 10 minit. Lepas tu hari berikutnya saya rasa macam sudah okey tapi tak sengaja terlanggar cermin sisi sebuah kereta tapi sempat tarik. Tak sedar pun macam mana jadi.
"Tapi i teruskan dengan meeting i. So after meeting , saya balik rumah dan berehat, sempat kemas barang kemudian balik ke rumah mak dan maklumkannya.
"Masa Isyak, saya macam sakit perut. Lepastu saya cirit birit. Saya ambik wuduk cepat-cepat and solat lepastu masa solat ni saya rasa susah nak bernafas dan abdomen sakit, tiba-tiba muntah. Dua kali.
"Malam masa tidur tu terus saya rasa dunia pulak berputar and macam dilanda ombak and rasa nak terjatuh jatuh. Takut sangat sebab saya masih pegang Aria. Tu terus pergi hospital. Nasib baik result okey, Alhamdulillah," katanya yang memerlukan rehat dan minum air yang banyak.
Seandainya keadaannya berterusan selama dua hari, Elfira dikehendaki untuk membuat pemeriksaan CT scan.

#pelakon #Sakit #Elfira Loy #Stress #Muntah #Cirit Birit #Vertigo
;