Hiburan
‘Cooking Instructor’ Teruja Dapat Peluang Ajar Neelofa Memasak - “Walaupun Sibuk, Dia Sentiasa…”
Seorang pengajar masakan atau ‘cooking instructor’ dikenali sebagai Hadijah Bentaleb meluahkan rasa teruja apabila dihubungi usahan dan selebriti, Neelofa yang mahu menggunakan khidmatnya.
Ilmu memasak
Menurut Hadijah, dia tidak pernah menyangka dapat peluang untuk mengajar ilmu masakan kepada selebriti berusia 36 tahun itu.
"Kadang-kadang semangat membawa diri ke tempat yang tidak pernah saya bayangkan. Kelas memasak persendirian bersama Neelofa,” kongsinya.
Hadijah berkongsi mengenai perkara itu menerusi perkongsian di platform ‘thread’ beserta mesej perbualan dengan Neelofa dan foto mereka berdua.
Inisiatif sendiri
Dalam perkongsian sama, Hadijah turut memuji sikap isteri kepada penceramah Haris Ismail atau PU Riz yang mempunyai inisiatif sendiri untuk mengambil kelas memasak meskipun sibuk dengan urusan kerja.
"Saya sangat bangga dengannya. Walaupun dia sibuk, dia sentiasa meluangkan masa untuk menyediakan makanan untuk keluarga, malah menguli naan sendiri setiap pagi. Sungguh menginspirasi,” ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Titip Doa Agar Neelofa Jadi Pendakwah Tersohor & Bilal Menjadi Hafiz Al-Quran
ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa Kongsi Tips Dapatkan Jodoh - “Saya Doa Begini Sahaja…”
ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Syak Neelofa Sedang Hamil Anak Ketiga, Ini Jawapan Tuan Badan - “Perut Berisi…”
ARTIKEL BERKAITAN: “Tak Sentuh Bab Personal…Tak Beritahu Semua Orang” - PU Riz Kongsi Cara Beri Nasihat Pada Ahli Keluarga
Must-Watch Video