Hiburan
‘Cooking Instructor’ Teruja Dapat Peluang Ajar Neelofa Memasak - “Walaupun Sibuk, Dia Sentiasa…”
Seorang pengajar masakan atau ‘cooking instructor’ dikenali sebagai Hadijah Bentaleb meluahkan rasa teruja apabila dihubungi usahan dan selebriti, Neelofa yang mahu menggunakan khidmatnya.
Ilmu memasak
Menurut Hadijah, dia tidak pernah menyangka dapat peluang untuk mengajar ilmu masakan kepada selebriti berusia 36 tahun itu.
"Kadang-kadang semangat membawa diri ke tempat yang tidak pernah saya bayangkan. Kelas memasak persendirian bersama Neelofa,” kongsinya.
Hadijah berkongsi mengenai perkara itu menerusi perkongsian di platform ‘thread’ beserta mesej perbualan dengan Neelofa dan foto mereka berdua.
Inisiatif sendiri
Dalam perkongsian sama, Hadijah turut memuji sikap isteri kepada penceramah Haris Ismail atau PU Riz yang mempunyai inisiatif sendiri untuk mengambil kelas memasak meskipun sibuk dengan urusan kerja.