Hiburan
Cover Ringkas “Bukan Lagi Kita” Siti Nurhaliza Bikin Netizen Tak Keruan - “Tergamak Tokti Nyanyi Sikit…”
Bukan sahaja warganet, malah Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza juga telah ‘teracun’ dengan lagu Bukan Lagi Kita nyanyian Nadeera Zaini.
Menurut pelantun lagu Sejarah itu, runut bunyi drama Curang Tanpa Niat itu telah bermain-main di dalam kepalanya selepas membuat ‘cover’ ringkas bersama Nadeera dan Hael Husaini.
“Lagu ini memang tengah bermain-main dalam kepala Kak Iti lepas video ni.
“Tergamak lagu ini menghantui minda Kak Iti,” katanya menerusi sebuah kemas kini di Instagram Story pada Selasa.
Video asal yang dikongsikan menerusi laman TikTok, penyanyi dan komposer, Hael Husaini juga berjaya mencuri perhatian warganet dan peminat Siti Nurhaliza.
Rata-rata peminat jatuh hati dengan nyanyian Siti dan meminta supaya Hael menghasilkan sebuah lagu baharu untuknya.
“Tolong Heal buat lagu mcm ni utk Tokti.
“Tergamak dh di Siti Nurhaliza kan😭 Tokti nak full cover plssss.
“Ape niiii, sedapnye,Tergamak laaaaa 😭😭😭
“Kakak cuba ye” tergamak ye cuba cuba 😭 ini macam pun boleh ke?
“Tergamak tok ti nanyi sikit, nyanyilah full aduiiii TERGAMAK Tokti,” kata netizen.
Sekadar info, lagu Bukan Lagi Kita merupakan nyanyian Nadeera Zaini dan mendapat sentuhan Hael Husaini & Iqie Hugh.
Lagu ini juga mula menjadi tumpuan netizen selepas diangkat menjadi runut bunyi drama Curang Tanpa Niat lakonan Mira Filzah, Syukri Yahya dan Sharifah Sakinah.
Pada masa sama, lagu ini juga berjaya menjadi finalis Anugerah Juara Lagu Ke-39 akan datang.
Must-Watch Video