Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

"Cubalah Tanya Ruhainies" - Bella Astillah

Gempak 05/05/2024 | 13:45 MYT
"Cubalah tanya Ruhainies," kata pelakon, Bella Astillah, 30, apabila ditanya mengenai konflik rumah tangganya dengan Aliff Aziz.
Dalam masa sama, Bella juga enggan mengulas apabila diminta mengulas mengenai kemunculan Aliff dalam temubual di satu podcast di Singapura, baru-baru ini.
"Maaf, saya tak nak komen," katanya.
Ditanya sama ada dia sudah bersedia dengan kes mahkamah yang akan datang, kata Bella, dia sudah bersedia dari aspek mental dan fizikal.
'InsyaAllah, saya sudah sedia,"katanya.

BERITA TRENDING: Netizen Sakit Hati NRF Siap Ajar Aliff Cara Bercakap - “Kena Cakap Berdepan Orang Tengok Muka Awak”

BERITA TRENDING: Didi Astillah Dedah Perbualan Aliff Bersama NRF - “So Inilah Last Plan Dengan Si Ruhainies Tu Ya?”
PILIHAN PEMBACA: Dari Perkahwinan Bergolak Ke Curhat, Berputik 'Cinta Lokasi' Aliff Aziz & Ruhainies? - "Jika Saya Dapat Undur Balik Masa..."
Terdahulu, tular video memaparkan Aliff yang gagal menahan sebak sewaktu berkongsi mengenai masalah rumah tangganya ketika ditemubual dalam podcast berkenaan.
Krisis rumah tangga Aliff dan Bella mula tercetus dan menjadi perbualan ramai apabila Aliff ditangkap khalwat bersama pelakon jelita, Ruhainies di sebuah kondominium mewah pada 9 Mac lalu.
Bella kemudiannya membuat keputusan untuk memfailkan cerai terhadap suaminya itu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 13 Mac lalu.
Tidak lama selepas itu, muncul pula seorang wanita Singapura, Sarah Yasmine yang mengaku menjalin hubungan cinta dengan Aliff sejak Januari lalu.
Keadaan menjadi bertambah kecoh apabila Sarah dilihat menyebarkan segala perbualan WhatsApp antara Aliff dan Ruhainies sehingga membabitkan nama artis lain seperti Caprice, Emma Maembong, Chacha Maembong, Meerqeen dan Anna Jobling.
Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.
#Viral #Kontroversi #Aliff Aziz #Bella Astillah #Ruhainies #Singapura #Curang #Penyondol #Sarah Yasmine
;