Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Gaya Hidup

CUCKOO Perkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor dan Phei Yong Sebagai Duta Baharu di Bazar #SAMASAMA Raya

Umirah Halim 30/03/2024 | 05:00 MYT
Jenama Pencipta Kediaman Sihat (Healthy Home Creator), CUCKOO International (MAL) Sdn. Bhd. (CUCKOO), memperkenalkan barisan duta jenamanya yang baharu di BAZAR CUCKOO X RIUH: #SAMASAMA RAYA.
Bazar Raya yang berlangsung selama 3 hari ini adalah anjuran bersama RIUH, sebuah platform kreatif di bawah MyCreative Ventures, dan ia telah dilancarkan bagi menyemarakkan kemeriahan Raya bersama semua rakyat Malaysia.

Barisan Duta Jenama CUCKOO 2024: Penyokong Visi #SAMASAMAHealthier

Masih kekal sebagai duta jenama CUCKOO, penyanyi lagenda tanah air Datuk Seri Siti Nurhaliza kali ini bakal disertai oleh dua duta jenama baharu, termasuk pemuzik ikonik negara, Jaclyn Victor, serta selebriti berpengaruh dan berbakat, Phei Yong , yang akan memainkan peranan mereka sebagai penyokong visi #SAMASAMAHealthier CUCKOO bersama.
Pelantikan duta-duta baharu ini didorong oleh semangat yang sepadan dengan nilai teras CUCKOO.
Barisan duta CUCKOO ini akan membawa mesej #SAMASAMAHealthier kepada rakyat Malaysia menerusi latar belakang yang unik dan dinamik masing-masing.
Bersama dengan ketiga-tiga duta ini, CUCKOO berhasrat untuk membina hubungan yang lebih erat dengan rakyat Malaysia serta menggalakkan lebih ramai untuk memiliki gaya hidup yang lebih sihat.
Mereka yang dilantik juga bakal berkongsi pengalaman mereka dalam mencapai keseimbangan antara kerjaya dan kehidupan, dan seterusnya memberi inspirasi kepada rakyat untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dan bahagia.

Duta beri inspirasi amalkan kehidupan yang sihat

Menurut Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO International, Encik Hoe Kian Choon (KC Hoe) ketiga-tiga duta jenama ini akan membawa peranan dalam memberikan inspirasi kepada orang ramai untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat.
"Sebagai kesinambungan daripada kerjasama Dato' Sri Siti Nurhaliza dengan kami sejak 2020, kami dengan berbesar hatinya mengalu-alukan kehadiran Jaclyn Victor dan Phei Yong ke dalam CUCKOO Family kami.
Ketiga-tiga duta ini mencerminkan semangat kami untuk menjadi jenama "Untuk Setiap Kamu" ("For All Kinds of You") dengan memberi inspirasi kepada semua lapisan dan generasi masyarakat untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat,” katanya ketika di majlis pelancaran itu.

#SAMASAMABuatBaik di BAZAR CUCKOO X RIUH: #SAMASAMA RAYA

Terbuka kepada orang ramai, para pengunjung boleh menikmati pelbagai jenis juadah dan membuat persiapan Raya di BAZAR CUCKOO X RIUH: #SAMASAMA RAYA yang menampilkan lebih daripada 100 gerai jenama kreatif dan makanan.
Selaras dengan semangat bulan Ramadan, CUCKOO turut memperkenalkan dua inisiatif pada majlis pelancaran tersebut dengan tema kempen Ramadan-Raya CUCKOO, iaitu #SAMASAMABuatBaik.
Inisiatif-inisiatif ini juga merupakan lanjutan kepada nilai #SAMASAMAHealthier CUCKOO untuk memberikan impak positif kepada komuniti.
Dua inisiatif bantu golongan memerlukan
Kempen #SAMASAMABuatBaik ini mengajak penglibatan orang ramai agar sama-sama membantu golongan yang memerlukan, dengan inisiatif:
BAZAR CUCKOO X RIUH: #SAMASAMA RAYA akan dibuka pada 30 dan 31 Mac 2024, dari jam 3:00 petang hingga 12:00 tengah malam, di Sentul Depot (Gudang 2), Kuala Lumpur.
Sekadar info, Sentul Depot merupakan sebuah tapak depoh kejuruteraan keretapi yang telah diperbaharui dan diberi nafas baru sebagai destinasi gaya hidup dan meniadi rakan tempat rasmi.

Berita Trending: "Tak Beradablah Pakai Baju Melayu Tunjuk 'Asam Keping'" - Hun…

Berita Trending: Ruhainies Kongsi Kisah Sebenar Video Di Lapangan Terbang - "Dunia Ni…
#Duta #Siti Nurhaliza #Cuckoo #Jenama #Jacklyn #Phei Yong
;