Pelakon Hun Haqeem menganggap tindakan pereka fesyen tempatan yang memodenkan rekaan baju Melayu dengan perincian pelik sebagai perbuatan tidak beradab.

PILIHAN PEMBACA: Meerqeen, Model Mat Salleh & Wanita Badan Sekeping Antara Yang Tidak Ingin Dilihat Netizen Dalam Iklan Baju Raya Tahun Ini

Jelas Hun, orang Melayu punyai kesopanan yang tinggi dan harus dijaga terutama daripada segi berpakaian ketika bulan yang mulia misalnya Ramadan dan Syawal.

“Saya kecewa apabila tengok pereka fesyen mereka baju Melayu yang jarang seolah-olah sudah melanggar erti kemelayuan.

“Tiada songkok pun tak lengkap sebab sebagai orang Melayu kita terkenal dengan sifat sopan santun, beradab dan beradat.

“Kalau tunjuk ‘asam keping’, tak jadi beradablah. Apa-apa pun berbalik kepada kita punya asas dan rumpun siapa kita," katanya memetik laporan Kosmo!.

Hun juga beranggapan baju Melayu tidak perlu dimodenkan supaya menjaga nilai estetika baju tradisional terbabit.

“Kalau nak memodenkan sesuatu kena pergi kepada asas.

“Nak buat sesuatu kalau calarkan kesopanan Melayu akan rosak juga nama bangsa Melayu. Benda macam itu kena jaga.

“Boleh nak ikut gaya Barat tetapi bila lagi mahu ambil peluang tunjuk dekat luar sana bahawa baju Melayu adalah pakaian seragam kita.

"Baju Melayu ini macam sut. Rasa tampan kalau pakai lengkap.

“Saya akan kongsikan perspektif ini kepada orang ramai supaya dapat lebih meluas,” ujarnya lagi.

PILIHAN PEMBACA: "Dah Nyanyi Tak Dibayar, Diganti Baju Melayu Saja" - Fareez Fauzi


Sumber: Kosmo!