Hiburan

Culture Wars Kongsi Pengalaman Makan Durian Di Malaysia, Love Juadah Rendang Ayam! - “Rasa Durian Mengingatkan Saya Pada…”

Umirah Halim
11/02/2025
14:25 MYT
Sponsor Banner
Culture Wars Kongsi Pengalaman Makan Durian Di Malaysia, Love Juadah Rendang Ayam! - “Rasa Durian Mengingatkan Saya Pada…”
Kumpulan dari Amerika Syarikat, Culture Wars meluahkan rasa teruja apabila berkunjung sekali lagi ke Kuala Lumpur bagi melunaskan persembahan pembukaan bagi Konsert Siri Jelajah Maroon 5 Asia 2025 yang akan berlangsung di Stadium Nasional Hoki Bukit Jalil, pada Rabu ini.
Membesar dengan lagu-lagu Maroon 5, vokalisnya, Alex Dugan menganggap peluang untuk berkongsi pentas dengan band popular itu ibarat mimpi menjadi realiti.
“Kami semua membesar dengan lagu-lagu Maroon 5, jadi kami sangat berbesar hati akhirnya dapat bertemu dan berkongsi satu pentas bersama mereka.
“Untuk persediaan, kami menghabiskan banyak waktu untuk membuat latihan bukan sahaja fokus kepada bermain lagu, tetapi persembahan secara umum. Kami bakal dendangkan lapan lagu untuk persembahan kali ini.

Suka rendang ayam

Selain itu, kugiran yang dianggotai oleh Caleb Contreras, Dillon Randolph, David Grayson dan Josh Stirm itu juga sempat berkongsi juadah kegemaran mereka ketika berkunjung di Malaysia iaitu Rendang Ayam.
Menurut mereka, Malaysia mempunyai bermacam jenis juadah yang enak.
“Kami suka makan makanan di sini, untuk jelajah kali ini kami mempunyai lebih banyak masa terluang jadi kami sempat untuk cari restoran dan buat tempahan.
“Kali terakhir kami berada di Malaysia kami ada cuba makan durian. Untuk saya (Alex), saya suka rasa dia yang seperti logam, ia mengingatkan saya seperti rasa alkohol.
“Manakala untuk Caleb, Davin dan Dylan makan durian merupakan pengalaman yang agak ‘buruk’ bagi mereka. Untuk Josh, dia boleh terima rasa durian tersebut.

“Juadah yang menjadi kegemaran bagi kami di sini adalah Rendang Ayam, sangat sedap,” kongsi mereka.

Sebelum ini, Cultural Wars pernah bertindak sebagai band pembuka pada konsert LANY tahun lalu.

BERITA TRENDING: Gegar Vaganza 11: Berat Badan Dadali Dyrga Naik 15 Kg

BERITA TRENDING: Atikah Suhaime Pernah Dikritik Masak Tak Sedap!

Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024