Hiburan
"Dah Nyanyi Tak Dibayar, Diganti Baju Melayu Saja" - Fareez Fauzi
Penyanyi dan pelakon, Fareez Fauzi mendedahkan pernah berdepan pengalaman tidak dibayar selepas membuat persembahan beberapa tahun lalu.
BERITA TRENDING: "Nyanyi 20 Lagu Dapat RM50, Bahagi Pula Dengan Lima Ahli Band" - Aina Abdul
Kata Fareez, 27, dia reda apabila hanya diberikan sepasang baju Melayu sebagai 'bayaran' walau pada mulanya dijanjikan bayaran wang ringgit.
"Saya pernah diberi baju Melayu sebagai pengganti kepada bayaran persembahan dibuat.
"Saya akui perjalanan bergelar anak seni ini tidak mudah. Saya pernah berdepan pengalaman tidak dibayar penganjur.
"Dia janji ada token. Jadi, saya fikir token itu dalam bentuk duit, tapi rupanya baju raya. Pada waktu itu pula, persembahan memang untuk acara hari raya.
"Banyak juga lagu yang saya nyanyi, lebih kurang jumlah satu mini album," katanya ketika ditemui pada majlis Previu Buffet Ramadan di Hotel Royal Signature, Kuala Lumpur baru-baru ini.
PILIHAN PEMBACA: "Ayah Menangis..Ada RM50 Je Dalam Bank" - Ameem Suara Viral Terkenang Arwah Bapa
Bagaimanapun, Fareez menganggap ia sebahagian daripada ujian untuk bergelar penyanyi.
"Saya anggap apa yang terjadi sebagai ujian. Mungkin saya pernah buat salah dekat orang sebelum ini," katanya.
BERITA TRENDING: Pernah Dibayar RM500, Azan Scan Buka Cerita Diperlekeh Penganjur - "Tak Pernah Pun Minta Harga…
Dalam perkembangan lain, Fareez akan membuat persembahan sepanjang Ramadan nanti di hotel itu bersama rakan penyanyi, Reyhana Yunus.
Untuk info, Fareez yang juga anak pelakon Fauzi Nawawi adalah juara program Mentor Milenia 2016 yang ketika itu menjadi protege penyanyi Hazama sebagai mentornya.