Laman Utama

"Nyanyi 20 Lagu Dapat RM50, Bahagi Pula Dengan Lima Ahli Band" - Aina Abdul

gempak
Amri Hassan
22/11/2022
08:55 MYT
Sponsor Banner
"Nyanyi 20 Lagu Dapat RM50, Bahagi Pula Dengan Lima Ahli Band" - Aina Abdul
Tak senang nak senang! Hal itu diakui penyanyi Aina Abdul yang berkongsi semula kisahnya sebelum mengecapi populariti ketika ini.
Dedah Aina kepada Utusan Malaysia, dia pernah melalui jalan sukar dan pernah dibayar RM50 selepas menyanyikan 20 lagu untuk persembahan dalam satu malam.
Lebih perit, biarpun sikit nilainya, Aina perlu membahagikan jumlah bayaran itu bersama-sama dengan lima ahli band lain.
"Pernah juga saya menyanyi tiga malam berturut-turut tanpa ada penonton di hadapan. Ada ketika, hanya dua hingga tiga orang sahaja.
"Ada masa dapat RM50 sahaja. Kadang-kadang, bayaran pun tak ada. Kena bahagi lagi dengan ahli band. Itu memang pengorbanan dan pengalaman yang saya tidak akan lupa.
"Tetapi, saya pegang satu prinsip dari zaman menyanyi di kelab. Walaupun tidak ada orang, bayaran tidak untung, saya kena teruskan juga," katanya.
Disebabkan itu juga, Aina yang popular menerusi lagu Semalam itu perlu terus mencuba untuk berkarya dan mencipta imej terbaik sepanjang kariernya.
"Ramai tidak tahu saya pernah menyanyikan lagu tema filem Tombiruo: Penunggu Rimba. Ketika itu, saya tidak begitu dikenali. Jadi, apabila Sumpah berjaya menembusi carta radio dan diterima ramai, saya tidak boleh berundur.
"Saya kena all out. Saya bermula pada usia 28 tahun dan orang anggap lambat. Bila dapat peluang, saya tidak akan sia-siakan.
"Disebabkan itu, saya tidak kisah orang kata fesyen pelik atau dikritik melampau, semuanya saya telan sahaja. Itu bayaran untuk mimpi saya," tambahnya.
Baca juga perkongsian Aina mengenai jatuh bangun, karier di kelab dan imej eksentrik di ruangan G The Untold Story edisi Mac 2022!
BACA: Dari Penghibur Kelab Ke Penyanyi Dengan Bayaran Mahal & Penampilan Eksentrik, Aina Abdul; "Saya Bukan Attention Seeker"
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024