Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Da’i Syed Tidur Jam 7 Sebab Jaga Anak, Kongsi Pengalaman Tanam Uri - “Jaga Nour Punya Fasal”

Khairil Khusyairi 18/08/2024 | 00:55 MYT
Umum mengetahui isteri kepada pendakwah bebas dan selebriti Da’i Syed iaitu pengacara Hana Ismail telah selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka pada Rabu.
Bayi perempuan yang lahir pada 14 Ogos 2024 itu diberi nama Sharifah Fatma Nour Jamalullail.

Rutin Terkini Sebagai Ibu Bapa

Terbaharu, pasangan yang baru bergelar ibu dan bapa itu berkongsi rutin terkini mereka selepas menerima orang baharu dalam hidup.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Hana memuat naik momen Syed bersama Nour.
Dalam hantaran tersebut, Hana berkongsi foto suaminya itu tidur dan ditemani anak mereka.

Tidur Jam 7

Hana turut memaklumkan Syed juga baru dapat melelapkan mata pada jam 7 selepas menjaga Nour.

“Jam 7 baru baba tidur jaga Nour punya pasal,” tulis Hana.

Dalam perkongsian berbeza, Syed turut berkongsi momen dia menanam uri bayi.

Jangan Percaya Khurafat Ketika Tanam Uri

Syed juga mengingatkan agar tidak mempercayai perkara khurafat ketika menanam uri.

“Hukum menanam uri adalah sunat. Uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan.

“Uri sesuatu yang suci dan perlu dihormati. Tidak boleh dibakar atau dijual. Masa tanam tu baca lah apa-apa zikir atau surah.

“Dan mempercayai amalan menanam uri bayi dengan paku, pensel, buku, pembaris, rice cooker atau apa-apa je lah dengan mempercayai untuk anak bijak atau rajin ini adalah amalan Khurafat,” tulisnya.

Untuk rekod, Da’i Syed mendirikan rumah tangga dengan Hana Ismail pada 3 Disember 2022.

ARTIKEL BERKAITAN: Da’i Syed & Hana Ismail Timang Cahaya Mata Pertama, Kongsi Nama & Wajah Anak - “Mohon Doakan Keluarga Kecil Kami”

#Anak #Tidur #Bayi #Jaga #Ibu Bapa #Dai Syed #Hana Ismail
;