Daiyan Trisha Tunjuk Bukti Beri Sumbangan Tabung Palestin Cecah RM100,000 - “Minta Maaf Jika Cara Saya Tak Tepat”
Susulan namanya termasuk dalam senarai boikot gerakan Blockout 2024, penyanyi Daiyan Trisha tampil mempertahankan dirinya.
Daiyan mohon maaf
Menerusi hantaran diruangan Insta Story miliknya, Daiyan menjelaskan dia sesekali tidak pernah melupakan nasib yang menimpa saudara Islam di Palestin.
“Allah tahu. Setiap orang ada cara masing-masing. Setiap orang ada ujian masing-masing. Niat kita, Allah saja yang tahu. Redha Allah, Dia saja yang tahu.
“Saya tak pernah sesekali lupa akan saudara saya di Palestine. Saya minta maaf jika cara saya tak bertepatan dengan cara yang anda mahukan,” tulisnya.
BERITA TRENDING: Masih Post Produk Sokong Zionis?, Netizen Tegur Daiyan Trisha - “Stop Promote Produk Mereka..”
Dalam hantaran yang sama, pemilik nama Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, 31, ini juga memohon maaf dan berjanji akan berusaha dengan lebih baik untuk membantu rakyat Palestin.
“Tak apa, saya terima segala kecaman. Sila teruskan perjuangan anda untuk saudara-saudara kita di Palestine dengan pelbagai upaya, kerana itulah yang paling penting sekali.
“Ini cara yang saya termampu pada masa ini berdasarkan situasi dan keadaan. Saya minta maaf. Saya akan cuba untuk usaha lagi dengan lebih baik. Segala doa untuk Palestine,” coretnya.
Kongsi bukti resit sumbangan tabung Palestin
Daiyan juga turut berkongsi bukti resit pembayaran sumbangan bantuan Palestin menerusi empat badan berbeza bagi membantu mangsa perang di negata tersebut.
Jumlah keseluruhan sumbangan tersebut mencecah hingga RM100,000.
Antara yang tersenarai adalah Siti Saleha, Nabila Razali, Nadhir Nasar, Mira Filzah, Neelofa, Awal Ashaari, Scha Alyahya dan ramai lagi.
BERITA TRENDING: Dikecam Gara-Gara Promosi Produk Dikaitkan Dengan Israel, Ini Kenyataan Nadhir Nasar