Hiburan
Dakwa Aman Graseka Padam Mesej Lepas Minta Bantuan, Sharifah Shahirah Halalkan Segala Sumbangan- “Selepas Ini Tiada Lagi…”
“Memanglah tiada, sebab delete lepas minta bantuan,” itulah kata-kata yang diluahkan oleh pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah susulan kenyataan rakan selebriti, Aman Graseka yang mendakwa dirinya tidak pernah menghubungi Sharifah bagi meminta sumbangan kewangan.
Menerusi temu bual bersama Gempak, Sharifah Shahirah atau lebih mesra disapa sebagai Shiera memberitahu dirinya menghalalkan segala bantuan yang disumbangkan serta tidak mahu lagi mempunyai kaitan dengan aktor tersebut.
BERITA TRENDING: "Kalau Buat Lagi Saya Laporkan Pada Polis" - Shiera
“Move on jelah, selepas ini tiada lagi nama Aman Graseka dan isteri dia dalam hidup kami. Syukur kami lega.
“Segala bantuan yang diberi saya halalkan. InsyaAllah, Allah akan lipat ganda rezeki sesiapa yang bank-in dalam akaun Aman tempoh hari. Dan kami doakan Aman Graseka dapat berlakon seperti sedia kala,”ujarnya.
Sementara itu, Shiera memberitahu dirinya boleh membuat laporan polis berkaitan akaun ‘palsu’ seperti yang didakwa Aman, namun enggan berbuat demikian kerana tidak mahu isu tersebut berpanjangan.
“Kami boleh sahaja nak buat laporan polis berkaitan akaun Aman, tapi lebih baik saya doakan dia dari memanjangkan isu.
“Saya ada banyak lagi kerja untuk diselesaikan, saya lebih fokus benda penting daripada benda-benda ‘kelakar’ macam ni,” jelasnya.
Baru-baru ini, Aman mengeluarkan kenyataan bahawa dirinya tidak menerima sejumlah wang daripada mana-mana pihak kecuali Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) dan rakan-rakan terdekat
Aman juga mendakwa dirinya tidak pernah menghubungi Shiera kerana tiada nombor telefon aktres berkenaan.
Dalam pada itu, Aman turut memberitahu bahawa pelakon, Aedy Ashraf memaklumkan kepadanya tentang kewujudan akaun bank yang menggunakan nama dan nombor telefonnya bagi tujuan penipuan.
#pelakon
#Selebriti
#Artis
#Sharifah Shahirah
#Sumbangan
#Scam
#Duit
#Aman Graseka
#Shiera Ijoy
#Pinjam
#Wang