Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Viral

Dakwa Diberi Layanan Buruk, Netizen Bidas Kehendak Pesakit Warga Asing

Firdaus 29/05/2024 | 01:43 MYT

Seorang pengguna platform X menzahirkan rasa kurang senang apabila seorang individu warga asing mendakwa menerima layanan kurang baik daripada petugas kesihatan di sebuah hospital negara ini.

“Nurse dekat sini tak akan layan korang entah apa-apa melainkan ada sebab...

Menerusi hantaran yang dimuat naik, pengguna media sosial tersebut membidas beberapa rungutan yang dibuat oleh wanita warga asing itu berikutan pengalaman buruknya melahirkan anak di sebuah hospital.

“Perempuan warga asing expect layanan permaisuri serupa private di hospital kerajaan?
“Nurse dekat sini tak akan layan korang entah apa-apa melainkan ada sebab di sebaliknya,” ujar pengguna itu.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Petugas Hospital Beri Layanan Buruk?

Dalam pada itu, pengguna berkenaan turut mendakwa bahawa dirinya juga seorang petugas hospital di situ dan memberitahu bahawa segala kenyataan yang dikeluarkan bercanggah dengan layanan yang diberikan.

“Ada beberapa perkara saya nak komen. Yang pertama dia kata baby tak mandi empat hari. Salah. Saya kerja di sini jadi saya tahu dan saya nampak jururawat tolak baby dalam kereta sorong setiap pagi untuk mandikan baby.
“Yang kedua, kau tak mandi tu masalah kau lah! Orang lain beranak elok je mandi lepas 12 jam atau sehari,” getusnya.
Susulan penularan entri yang dibuat, rata-rata netizen memberikan pendapat berkaitan isu terbabit.

BERITA TRENDING: Netizen Terhibur Pengantin Lelaki Hadir Sebagai Ultraman - “Macam Mana Makan Beradap, Suap Ikut Mana?”

Sekadar info, difahamkan kejadian itu berlaku di sebuah hospital yang terletak di Pulau Pinang.

Setakat artikel ini ditulis, posting itu meraih hampir satu juta tontonan di Platform X.
Sumber: Platform X

#hospital #Doktor #Nurse #Vira; #Pesakit #Warga Asing
;