Berita

Dakwa Dirinya Terdedah Covid 19, Hilary Duff Jalani Kuarantin Kendiri

Maliah Surip
22/11/2020
06:40 MYT
Sponsor Banner
Dakwa Dirinya Terdedah Covid 19, Hilary Duff Jalani Kuarantin Kendiri
Aktres dan penyanyi Hilary Duff mendakwa dirinya telah terdedah dengan Covid 19 baru baru ini. Oleh hal yang demikian, dia kini menjalani kuarantin kendiri sebagai langkah untuk tidak menyebarkan virus tersebut kepada orang lain.
Duff mengumumkan dirinya menjadi salah satu bintang Hollywood yang terdedah dengan Covid 19, semalam di akaun Instagramnya.
Bintang berusia 33 tahun itu yang sedang hamil juga kelihatan kesal kerana telah menjadi mangsa terbaharu virus yang pertama kali di kesan di wilayah Wuhan, China sekitar penghujung tahun lalu.
"Saya telah terdedah dengan Covid 19. Kuarantin kendiri hari kedua," tulisnya sebagai kapsyen gambar yang dikemas kini semalam.
Duff bagaimanapun tidak menjelaskan punca dirinya terdedah dengan virus tersebut atau menyatakan telah menjalani sebarang ujian termasuk swab test untuk mengesahkan dirinya positif Covid 19.
Namun menerusi laporan DailyMail, Duff dipercayai mendapat Covid 19 sewaktu menjalani penggambaran projek terbaharunya, siri Younger untuk musim ketujuh di New York.
Walaupun semua kru dan barisan pelakon wajib mengikuti garis panduan dan protokol kesihatan yang telah ditetapkan, namun Duff misalnya tetap perlu membuka pelitup muka apabila memulakan penggambaran.
Dia bersama lawan mainnya, Sutton Foster juga dilihat tidak menggenakan pelitup muka sewaktu menjalani penggambaran di set.
Biarpun spekulasi itu mula bertebaran, namun pihak produksi belum memberi sebarang respon.
Sebelumnya, Duff mengumumkan dirinya hamil anak ketiga sewaktu pandemik Corona melanda dunia.
Kredit Foto: Pagesix
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar