Hiburan

Dakwaan Harith Iskander Berlaku Curang, Bekas Isteri Pilih Untuk ‘Tutup Buku’ - “Apa Yang Penting, Kami Memaafkan Antara Satu Sama Lain”

Asyikin Mayudin
25/07/2024
06:25 MYT
Sponsor Banner
Dakwaan Harith Iskander Berlaku Curang, Bekas Isteri Pilih Untuk ‘Tutup Buku’ - “Apa Yang Penting, Kami Memaafkan Antara Satu Sama Lain”
Susulan pengakuan pelawak Harith Iskander yang mengakui rumah tangga retak akibat kesilapan sendiri mengundang pelbagai spekulasi netizen yang ada antaranya mendakwa ia kemungkinan melibatkan kecurangan.

Tak Mahu Ulas Punca Perpisahan

Bagaimanapun, bekas isterinya iaitu Dr Jezamine Lim memilih untuk tidak lagi mengulas punca perpisahan mereka dan meminta semua pihak menghormati kenyataan Harith sebelum ini.

“Apa yang penting kami memaafkan antara satu sama lain...

“Dia (Harith) sudah cakap dia sudah buat kesilapan dan kita patut menghormati sebab ia tak mudah untuk seseorang mengeluarkan kenyataan dia sudah buat salah jadi walau apa pun sebabnya, ia bukanlah satu masalah.
“Apa yang penting kami memaafkan antara satu sama lain dan teruskan kehidupan kerana kami berjanji untuk lebih berjaya bersama,” katanya kepada Gempak.
Berkongsi lanjut mengenai perasaannya, Jezamine tidak menafikan dia sedih apabila rumah tangganya berakhir dengan perceraian bagaimanapun mereka berdua tetap bersahabat baik.
“Sudah tentu saya sedih tapi saya rasa ini adalah permulaan baharu. Sebenarnya semua saya sudah kongsi dalam video sebelum ini dan hari ini kami boleh katakan kami adalah kawan yang sangat baik, kami masih bekerja bersama dan kami masih menguruskan bisnes bersama.
“Kami memang kawan baik dan sehingga hari ini bila saya ‘struggle’ saya masih menghubungi dia dan dia masih orang saya hubungi bercerita mengenai hari saya.
“Saya masih pengurus dia, saya masih menguruskan kariernya tapi selepas saya rasa kita fokus pada perkembangan karier masing-masing sebab saya masih ada syarikat saya dan saya masih menguruskan dia.
“Kami rasa kami melakukan kerja yang sangat baik untuk itu, dia menyokong saya. Itu yang saya sangat bersyukur sebab kami bermula sebagai kawan baik dan dia juga sangat memahami walaupun kadang-kadang dia boleh jadi sangat pendiam tapi dia sedang menganalisis. Itulah personalitinya.
“Jadi kami berdua bekerjasama dengan sangat baik, sebab itu kami fokus karier saja,” katanya.

BERITA TRENDING:Perceraian Jalan Terakhir, Harith Iskander & Bekas Isteri Sudah Cuba Pelbagai Cara Untuk Selamatkan Rumah Tangga - “Ketika Melafazkan Talak, Sudah Pastinya…

BERITA TRENDING:Harith Iskander Sah Cerai Talak Satu, Tetap Jalinkan Hubungan Baik Dengan Bekas Isteri - “Punca Dia, Biasalah Tiada Persefahaman…”

BERITA TRENDING:Harith Iskander & Isteri Tetap Tenang, Hadir Untuk Prosiding Kes Perceraian

BERITA TRENDING:Harith Iskander Buka Mulut, Akui Kesilapan Diri Punca Isteri Fail Perceraian

Terdahulu, Harith atau nama sebenarnya Harith Iskander Musa, 58, melafazkan cerai terhadap Dr Jezamine Lim di hadapan Hakim Syarie, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Siti Noraini Mohd Ali, pada 12.05 tengah hari, Khamis.
Menurut peguam mewakili pasangan itu, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata pihak mereka telah memfailkan dua permohonan iaitu perceraian dan nafkah yang telah diselesaikan pada masa yang sama.
Harith mendirikan rumah tangga dengan Dr Jezamine, 41, mendirikan rumah tangga pada 12 Jun 2010 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Zander Xayne, 14, Alessandra Jayne, 11, serta Zydane Zayne, yang berusia 9 tahun.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar