Hiburan

Dalam Diam Rupa-Rupanya Qi Razali Sudah Bertunang, Bakal Nikah Tahun Depan - “Dia Orang Industri Tetapi…”

Khairil Khusyairi
28/10/2024
13:25 MYT
Sponsor Banner
Dalam Diam Rupa-Rupanya Qi Razali Sudah Bertunang, Bakal Nikah Tahun Depan - “Dia Orang Industri Tetapi…”
Pelakon dan pengacara, Qi Razali mendedahkan dia kini bergelar tunang kepada seseorang wanita sejak Hari Raya Aidilfitiri lalu.

Bakal Nikah Tahun Depan

Menurut Qi atau nama sebenarnya, Qushairi Mohammed Razali Wong, 45, wanita yang bakal menjadi teman hidupnya itu seseorang yang bekerja di dalam industri seni tanah air tetapi hanya di belakang kamera.
“Merisik dan bertunang itu sudah sebenarnya. Raya tahun ini.

“Orang industri (tunang) tetapi bukan bekerja di hadapan kamera.

“Perancangan sudah ada. Sekarang ini fasa sedang membeli barang untuk buat persiapan.

“InsyaAllah tahun hadapan,” ujarnya kepada pemberita.

Qi ditemui pada majlis pelancaran filem lakonannya berjudul Babah di Menara Ken Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur pada Isnin.

Mula Serius Lepas Jumpa Keluarga

Dalam pada itu, Qi turut memaklumkan dia mula mengenali tunangnya itu sejak tahun lalu namun mula rapat selepas bertemu keluarga wanita tersebut.

“Tahun lepas (kenal) tetapi tidak serius sangat ketika itu. Kami cuma kenal-kenal dahulu.

“Lepas saya jumpa dengan ibu bapa dia, baru mula serius.

“Buat masa ini jika saya selesa dengan seseorang dan dia percaya dengan impian saya, saya rasa itu sudah memadai untuk membawa ke fasa seterusnya,” kongsinya lagi.

Untuk rekod, Qi pernah menjalin hubungan cinta bersama beberapa selebriti tempatan seperti Yuna, Nelydia Senrose dan Nia Atasha namun ikatan cinta setiap hubungan tersebut tidak kekal lama.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar