Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”
Mahu Ceburi Bidang Lakonan
Kini berkecimpung dalam industri hampir tujuh tahun, Daniel, 25, yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah akui mempunyai peluang lebih cerah di semenanjung berbanding kampung halamannya.
“Hampir tujuh tahun saya dalam industri. Saya pula berasal dari Sabah jadi pendedahan itu agak kurang sedikit berbanding di semenanjung.
Loghat Sabah Jadi Cabaran
Dalam pada itu, jejaka berusia 25 tahun yang berdarah kacukan Cina itu turut mengakui berdepan sedikit cabaran untuk bertutur dalam Bahasa Melayu tanpa menggunakan loghat Sabah.
“Orang Sabah ada loghat tersendiri, begitu juga bagi orang semenanjung. Itulah cabarannya tetapi saya sangat berharap ada peluang di semenanjung untuk kembangkan karier saya.
“Sangat penat berulang-alik. Walapun Sabah dalam Malaysia ia ibarat macam luar negara. Penerbangan 2 jam itu sangat panjang tetapi keinginan saya itu buat saya tak penat,” ujarnya optimis.
Persiapkan Diri
Ditanya mengenai perancangannya untuk bergelar seorang pelakon, Daniel memaklumkan dia akan mengikuti kelas lakonan dan pengucapan awam sebagai persediaan.
“Saya perlu belajar dan sertai kelas untuk perbaiki diri saya seperti kelas lakonan, pengucapan awam dan mungkin nyanyian. Saya suka menyanyi.
“Saya juga mempunyai darah kacukan Filipino, jadi saya sangat suka menyanyi. Itulah cara saya.