Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Dapat Liputan The New York Times, Sajat Dedah Ditendang & Payudara Diraba Pegawai Agama Ketika Ditahan? - "Undang-Undang Menjenayahkan Saya"

Amri Hassan 21/10/2021 | 15:25 MYT
Kisah usahawan kosmetik buruan polis, Nur Sajat Kamaruzzaman mendapat perhatian meluas daripada media antarabangsa bukan sahaja negara jiran Indonesia, bahkan di The New York Times.
BACA: Bakal Menetap Di Australia? Sajat Tayang Rumah Baru Di Sana
BACA: "New Life" - Nur Sajat Berhijrah Ke Australia
Menerusi wawancara dalam ruangan antarabangsa Asia media tersebut, Sajat memberitahu dirinya kini lebih bebas dan tidak lagi terkongkong di negara sendiri.
"Saya rasa terkongkong di negara sendiri, di tempat saya dilahirkan sebab undang-undang menjenayahkan saya dan menganggap saya sebagai lelaki," katanya kepada The New York Times.
Selain itu, dalam artikel sama 'Transgender Woman Flees Malaysia After Prison Threat for Wearing Hijab', Sajat mendedahkan dirinya pernah dicabul ketika ditahan pihak berkuasa Malaysia sekitar Januari lalu.
Dakwa Sajat, sekurang-kurangnya tiga lelaki menendangnya, meraba payudara dan diletakkan dalam sel tahanan lelaki selama semalaman.
Ibu Sajat sendiri menyaksikan serangan ke atas anaknya itu dan mempersoalkan tindakan pegawai agama berkenaan.
"Mereka rasa mereka boleh sentuh bahagian sulit dan payudara saya kerana menganggap saya lelaki. Mereka tidak memperlakukan saya atas dasar kemanusiaan," tambah Sajat.
Susulan insiden berkenaan, Sajat membuat laporan polis dan keterangan diambil namun tiada sebarang tindakan dilakukan. Hal itu menyebabkannya panik dan melarikan diri ke negara jiran, Thailand.
Dalam pada itu, Sajat memaklumkan dia sudah menjual kesemua perniagaannya kerana ingin memulakan segalanya yang baru di Australia.
Media tempatan sebelum ini melaporkan Sajat telah ditahan Imigresen Thailand pada 8 September lalu kerana mempunyai pasport tidak sah.
Sajat juga memiliki kad pelarian Suruhanjaya Pelarian Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) ketika berada di Thailand.
Untuk info, pada 23 Februari lalu, Mahkamah Syariah telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Sajat kerana gagal untuk hadir pada prosiding kes berpakaian wanita tiga tahun lalu.
Terbaharu, Sajat memaklumkan telah mendapat kad hijau dan kuning dari negara Australia menandakan dirinya kini menjadi penduduk tetap di sana.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Sumber: The New York Times
#Viral #Kontroversi #Malaysia #Australia #Cabul #Polis #Pukul #sajat #Payudara #Pelarian #The New York Times #Buruan
;