Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Dapat Tunjuk Ajar Ustazah Selama Seminggu” - Watie Hanifiah Selamat Adakan Majlis Khatam Al-Quran, Perdengarkan Bacaan Surah Lazim

Syafiqah Jalal 13/06/2023 | 08:52 MYT
Bakal isteri pelawak Shuib, Watie Hanifiah, 35, memperdengarkan bacaan surah lazim sempena Majlis Khatam al-Quran di Glasshouse di Seputeh, Kuala Lumpur petang tadi.
Majlis khatam berkenaan diiringi guru agama Hajah Noriah Jalil dan 10 orang dari Kumpulan Marhanan Annur Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Cawangan Nakhoda (LKPI), Selayang yang turut membacakan doa.
BACA: "Selepas Lima Bulan Baru Dia Balas" - Detik Perkenalan Shuib & Watie Bermula Dari DM Ucapan Takziah
Antara surah lazim yang diperdengarkan adalah empat Qul, Annas, al-Kawthar, al-Asr dan banyak lagi.
Watie yang manis berbaju kurung rona ungu lembut itu ditemui Gempak memberitahu dia mengambil keberkatan mengadakan Majlis Khatam al-Quran sebelum dia dan Shuib menjalinkan ikatan yang sah sebagai suami isteri pada 23 Jun ini.
"Alhamdulilah saya dah lama rancang untuk mengadakan majlis ini sebelum bergelar isteri tidak lama lagi.
"Saya pun berpeluang mendapat tunjuk ajar oleh seorang ustazah selama seminggu .
"Saya bersyukur semuanya berjalan lancar dan seperti yang saya idamkan selama ini," katanya.
Sementara itu, Shuib atau nama lengkapnya Shahmira Muhammad, 38, dilihat turut hadir bersama anak-anaknya sedondon dengan Watie yang memakai busana warna ungu.
Majlis diadakan dalam cukup sederhana dengan kehadiran 50 orang tetamu yang terdiri daripada keluarganya dan sahabat handai.
BACA: “Pandangan Yang Saya Ambil Kira Adalah Shuib & Anak-Anak” - Watie Tak Cepat Melatah Bila Netizen Sering Bandingkan Dengan Arwah Siti Sarah
Majlis itu akan disiarkan dalam siri mini terbaharu yang akan merakamkan detik manis dan perjalanan cinta pasangan itu berjudul Walimatulurus Shuib dan Watie.
Program tiga episod itu akan menemui penonton secara eksklusif bermula pada 24 Jun ini, jam 9 malam di Astro Ria.
Terdahulu, Shuib dan Watie mengikat tali pertunangan dalam majlis tertutup di kediaman usahawan itu di Shah Alam pada 6 Mei lalu.
Pada April lalu, Shuib mengesahkan bakal memperisterikan Watie selepas hampir dua tahun bergelar duda.
Shuib pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin pada 2011.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.
Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan COVID-19.
Kredit foto: CST Production
#Shuib #Watie Hanifiah #Majlis Khatam Al-Quran
;