Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

"Dapur Dah Lama Tak Berasap, Tengok Makanan Pun Nak Muntah" - Isteri Saharul Ridzwan Alah Teruk

Kamaruddin Razal 14/11/2019 | 23:54 MYT
Isteri kepada pelakon Saharul Ridzwan, Deena Emir yang kini sedang mengandung anak kedua mendedahkan bahawa dia mengalami alahan yang teruk kali ini.
Menurut Deena atau nama sebenarnya Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir, 31, dia juga sudah lama tidak ke dapur bagi menyediakan juadah kerana dirinya tidak tahan dengan bau masakan.
"Deena alah bau masakan, tengok makanan pun nak muntah.
"Dua-dua kehamilan alah pada bau goreng dan bau masakan. Lari dari dapur duduk luar rumah. Dapur dah lama tak berasap," kongsinya di Instagram.
Jelas Deena lagi, dalam tempoh kehamilan kali ini, badannya juga berasa kurang bertenaga berbanding ketika mengandung anak sulung.
"SubhanaAllah, banyak sangat yang Deena belajar sepanjang kehamilan kedua ini. Betul-betul berbeza dengan kehamilan sebelumnya.
"Secara fizikal, badan memang agak lemah sedikit dan sebab itu mental kena kuat. Kena set di fikiran setiap apa yang jadi itu ada kebaikan," luahnya.
Sebelum ini, berita gembira mengenai kehamilannya dikongsikan Saharul pada bulan lalu.
BACA:“Terima Kasih Untuk Pengorbanan Besar Sekali Lagi” - Saharul Ridzwan Teruja Isteri Hamil Anak Kedua
Deena dan Saharul, 30, mendirikan rumah tangga pada 16 September 2016.
Hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan cahaya mata, Muhammad Luth Ali yang kini berusia dua tahun.

Disebabkan mummy belum datang mood untuk bersosial ? so kita letak muka anak dulu la ye. SubhanAllah banyak sangat yang Deena belajar sepanjang my 2nd pregnancy. Totally different dengan the previous one. Physically memang agak weak sikit, and because of that mental kena kuat, kena always set mind tu setiap apa yang jadi tu ada kebaikan. Think positive as much as you can. Can you share apa pengalaman korang? Orang kata lain anak lain ragam dia kan. Ali lagi nak dapat adik lagi dia clingy ya amat.

A post shared by لا اله الا الله محمد رسول الله (@deenaemir) on

#pelakon #Saharul Ridzwan #Deena Emir #Pelakon
;